The Jerusalem PostField trip tragedy shows Israel needs answers, not a blame game - editorialInquirerFrom 4 to 1: Impeachment court OKs reduced raps vs Sara DuterteESPN DeportesRays arma rally tras error e iguala serie a GuardiansESPNPeralta shuts down Guardians as Rays even ALCS in Game 2Daily MaverickPUBLIC SAFETY: ‘Where’d the money go?’ — feisty NMB tannies slam ‘shoddy’ R2.4m Smartie Bridge upgrades한겨레부마민주항쟁 민간기록물 수집 공모전…11월20일까지CNN TürkHalk TV'ye kayyum atandı: Ekipler binada arama yapılıyorSky TG24Grecia, ambasciatrice Usa Guilfoyle si dimette ma respinge le accuse: “Sono false”Business AMVerenigde Staten gaan nieuw gevechtsvliegtuig F-47 ontwerpen voor toekomstige conflicten met China in de Stille OceaanThe RegisterRansomware gets personal: 'We-know-where-you-are kind of stuff'경향신문‘출근 지옥철’ 9호선 급행 운행 늘린다···주요 정류소만 서는 ‘간선 급행버스’ 도입ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 14, 2026

Polis lepas tembakan amaran kerana suspek agresif

Translate

Suspek kes samun bersenjata bertindak agresif dan cuba menyerang anggota polis dalam operasi di Kampung Titingan, Tawau, Jumaat lalu menyebabkan tembakan amaran terpaksa dilepaskan.

Ketua Polis Tawau, Rosdi Mat Jusoh, berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau bersama Strike Team Balai Polis Tawau dan Pondok Polis Kawasan (PPK) Titingan menjalankan operasi di perkampungan air berkenaan.

Katanya, operasi bertujuan mengesan suspek kes samun bersenjata dan cubaan merogol seorang wanita warga asing berusia 18 tahun berlaku kira-kira jam 3.50 pagi, hari sama.

Menurutnya, dalam kejadian itu tiga lelaki bersenjatakan parang dipercayai melarikan dua telefon bimbit dan wang tunai RM434 milik mangsa dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3,500.

“Semasa operasi tangkapan, seorang suspek bertindak agresif dengan cuba menyerang anggota polis menggunakan sebatang besi sebelum terjun ke laut.

“Suspek turut memukul dan cuba melemaskan seorang anggota polis ketika dikejar sehingga tembakan amaran terpaksa dilepaskan sebelum suspek berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan, menurut Berita Harian.

Rosdi berkata, susulan itu dua anggota polis cedera dan pihaknya turut merampas sebatang besi digunakan ketika kejadian.

“Suspek lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an, tidak memiliki dokumen pengenalan sah dan ujian saringan awal air kencing mendapatinya positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” katanya.

Beliau menegaskan, rakaman video tular sebenarnya memaparkan tembakan amaran sahaja dilepaskan dan bukan insiden berbalas tembakan ketika operasi terbabit.

Katanya, ia mungkin disalah tafir segelintir warganet di media sosial.

“Polis masih mengesan dua lagi suspek dipercayai terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 395, 397 dan 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.