Naib presiden MCA berdepan saingan 4 penjuru di Kelebang

Naib Presiden MCA Lim Ban Hong berdepan saingan empat penjuru bagi mempertahankan Kelebang untuk penggal ketiga pada PRN Melaka.
Calon Barisan Nasional (BN) itu dicabar Farzana Hayani Nasir daripada Pakatan Harapan (PH), bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Ali Mohamad daripada Bersatu, dan Young Jie Yu daripada Bersama.
Kelebang merupakan kerusi campuran terdiri 66.9% pengundi Melayu, diikuti pengundi Cina (28.6%), dan India (2.3%).
Lim pertama kali dipilih sebagai Adun Kelebang pada 2013 dan pernah tumpas di kerusi itu kepada PKR, pada 2018.
Namun, beliau berjaya merampas semula kerusi tersebut pada PRN 2021 selepas menewaskan penyandang daripada PKR dengan majoriti 876 undi.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.