The Jerusalem PostEditor's Notes: Israel's election exposes deep political divisions after Gantz withdrawal - commentESPN Deportes¿Cuántos juegos encadena SGA en su racha récord de puntos?InquirerGov’t worker sued over P19,000 cash advanceDaily MaverickTunisian police clash with protesters in capital on day of heightened tensionsPunchNollywood veteran, Francis Duru, dies at 57한겨레홍지선 국토 “전월세 불안은 공급 부족 탓”…여당서도 ‘실거주 요건’ 완화 목소리UOLTibete: número de feridos após terremoto sobe para 65; 16 pessoas morreramZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio경향신문트럼프 “대서양 이름 바꾸려 전화했다”…구글 “안 된다”Capital FMKenya’s Pathologist Ahmed Kalebi Inducted into Global Hall of FameCNN بالعربية"لي الحق في ذلك".. ترامب يُلمّح مجدداً إلى إمكانية الترشح لولاية ثالثةSözcüATM’ye giden eli boş dönüyor: Vatandaş para çekemiyor
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 23, 2026

9 individu perdagang budak dituduh sertai kumpulan terancang

Translate

Sembilan ahli Geng Yunaa yang disyaki terlibat dalam pemerdagangan kanak-kanak untuk eksploitasi seks didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang.

Tiga daripada mereka, Lai Kok Hoe, Tham Yong Zhi, dan Seah Joon Kiat, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syahliza Warnoh.

Selain itu, turut didakwa Mohammad Joshua Salman, Mohd Amrul Naim Mohd Asbie Syaifullah Abdullah, dan Mohamed Amirul Mohamed Razali, manakala tiga lagi wanita, Nur Suhada Benjamin Abdullah, Nuraslinda Natasha Hanafi, dan Aiman Muna Mohamed Razali.

Tiada pengakuan direkodkan dan mengikut pertuduhan mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Yunaa di sebuah hotel, antara Januari 2025 hingga 25 Sept 2026.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574), yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 Dis ini untuk sebutan semula kes sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail, manakala Seah diwakili peguam Kailash Sharma dengan Lai serta Tham diwakili Kelvin Francis, manakala enam lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Semalam, media melaporkan polis berjaya menumpaskan Geng Yunaa yang disyaki terbabit dalam 17 kes pelacuran dan pemerdagangan kanak-kanak untuk eksploitasi seks menerusi Ops Angel di Lembah Klang, pada 24-26 Sept lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, dipetik berkata kumpulan yang aktif sejak awal 2024 itu terdiri 10 individu berusia 18 hingga 44 tahun dan diketuai seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun.

Katanya, kumpulan itu dipercayai mampu memperoleh pendapatan RM15,000 sehari atau RM450,000 sebulan, bersamaan RM5.4 juta setahun menerusi aktiviti haram berkenaan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.