Daily MaverickClimate change likely to have helped trigger Nepal glacier collapse, scientists sayInquirerLahar threat from Kanlaon forces evacuationsוואלהרוכב אופנוע בן 24 במצב קשה בעקבות תאונת דרכים בנתניהESPN DeportesMessi guía al Inter Miami al título ante Cruz AzulPunchNigeria raises N748.6bn from FGN bonds as rates easeThe Jerusalem PostUS denies Abbas visa as UN weighs remote participation한겨레한국애브비, 국내 바이오텍과 공동연구·기술이전 협력 모색 [건강한겨레]VanguardConcession dispute: Police lockdown King’s CollegeStraits Times SportOlympic skateboarder Aoki referred to prosecutors over marijuana possessionسكاي نيوز عربيةالمركزي الإماراتي يرفع سعر الأساس بواقع 0.25%BBC NewsEd Sheeran asked me to donate $2m in aid, Robert Kraft says after Macklemore backlashThe Indian ExpressPM Modi to inaugurate Semicon India 2026: A look at India’s renewed semiconductor focus
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 17, 2026

Exco N Sembilan menderhaka, Aminuddin seru polis bertindak

Translate

Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menyeru polis mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Negeri Sembilan yang didakwa mengisytiharkan pelucutan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai pemerintah negeri.

Sambil menyifatkan tindakan mereka sebagai perbuatan derhaka, Aminuddin berkata, proklamasi didakwa bertarikh 19 April itu, yang menjadi asas kepada kenyataan berkenaan pernah dikemukakan kepadanya untuk ditandatangani, ketika masih memegang jawatan menteri besar.

Katanya, beliau enggan menandatangani dokumen itu berdasarkan sebab yang telah dinyatakan secara terbuka ketika itu, bahawa kerajaan negeri tidak dapat menerima tindakan Mubarak Dohak yang bukan lagi Undang Luak Sungei Ujong.

“Tindakan ahli-ahli exco mengeluarkan pengumuman pada 16 Sept 2026 merupakan suatu perbuatan derhaka terhadap DYMM Tuanku Muhriz.

“Saya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap setiap ahli exco yang terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, selain itu perkara sama merujuk kepada proklamasi terbabit untuk ditandatangani tidak boleh dikemukakan semula kepada menteri besar lain empat bulan kemudian.

Aminuddin berkata, tiada sebarang dakwaan pernah dikemukakan terhadap Tuanku Muhriz.

“Baginda juga tidak pernah diberi peluang untuk menjawab sebarang dakwaan. Hal ini merupakan suatu pelanggaran serius terhadap prinsip keadilan asasi,” katanya yang juga Ahli Parlimen Port Dickson

Katanya, Pada 9 Sep, kerajaan negeri semasa telah menyatakan secara terbuka bahawa dokumen proklamasi tersebut tidak memenuhi proses dan tatacara yang ditetapkan, selain turut menyatakan proklamasi itu tidak sah, bercanggah Perlembagaan, dan tidak boleh dilaksanakan.

“Namun, tujuh hari kemudian, ahli-ahli exco kerajaan negeri yang sama pula memutuskan bahawa proklamasi tersebut telah lengkap dan berkuat kuasa. Perubahan pendirian ini sukar difahami,” katanya.

Beliau berkata, Menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS), ahli EXCO tidak mempunyai kuasa membuat apa-apa keputusan berhubung kedudukan Tuanku Muhriz.

Semalam, exco kerajaan negeri menyatakan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang Dipertuan Besar baharu.

Menurut kenyataan barisan exco, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Ismail Lasim, kelmarin.

Namun, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) sebelum ini menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang Dipertuan Besar, mendakwa tiada proses sah yang menyebabkan baginda terhenti memegang jawatan itu.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.