PunchMorning recap: Again, Nigerians lose savings to Ponzi scheme, Dangote refinery raises petrol gantry price, other top storiesESPN Deportes49ers extienden contrato de Shanahan, fuentesוואלהדיווח: ארה"ב תגביל את חלונות הזמן להגנה אווירית על מכליות במצר הורמוזESPNBen Shelton's shot at history comes Sunday in the US Open finalInquirerRidon to Sara Duterte: Attend Monday’s Senate impeachment trialХабрВы узнаете о клике через девять дней, и не от того, кто кликнулSözcüAmasya’da motosiklet bariyerlere çarptı: 18 yaşındaki sürücü hayatını kaybettiRapplerNew rules, new season: What to know about UAAP 2026-2027Cumhuriyetİzmir'in en uç noktasında saklanan el değmemiş cennet! Nergis kokulu sokakları ve turkuaz koyları ile Karaburun...InteriaPolski oficer w pojedynkę zatrzymał Niemców. Generał oddał mu własny orderLa NaciónUn geriátrico en Chile sufrió un incendio: hay al menos 16 muertos20 MinutenEinbrecher in der Villa – Thierry nimmt die Verfolgung auf
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 12, 2026

Tiada layanan berbeza pelepasan Peter Anthony, kata Jabatan Penjara

Translate

Jabatan Penjara nafi wujudn layanan berbeza berhubung pelepasan bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah, Peter Anthony, di bawah program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).

Jabatan itu dalam kenyataan, memaklumkan Anthony hanya dipertimbangkan untuk parol selepas memenuhi tempoh kelayakan ditetapkan serta menjalani proses saringan dan penilaian.

Menurut kenyataan itu, prospek perlu terlebih dulu menjalani sekurang-kurangnya satu pertiga daripada tempoh hukuman untuk dipertimbangkan, namun pemenuhan tempoh tersebut tidak memberikan kelayakan automatik untu prospek diberikan PBSL.

“PBSL bukan penghapusan, pemendekan atau pengurangan hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.

“Prospek yang diberikan PBSL masih menjalani baki tempoh hukuman, namun pelaksanaannya diteruskan dalam komuniti tertakluk kepada syarat, peraturan, pengawasan dan pemantauan Jabatan Penjara,” katanya.

Peter disabitkan pada 2022 kerana memalsukan surat daripada pejabat Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) 11 tahun lalu, berhubung kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan.

Beliau diperintah mula menjalani hukuman penjara tiga tahun pada tahun lalu susulan penolakan rayuan terakhirnya untuk membatalkan sabitan itu, pada 4 Mac 2025. Beliau kemudiannya dilepaskan secara parol pada Mac lalu.

Jabatan Penjara berkata, keputusan parol dibuat oleh satu jawatankuasa dipengerusikan komisioner jeneral penjara serta dianggotai
pegawai kanan dan wakil agensi berkaitan.

Katanya, pelaksanaan PBSL berteraskan prinsip pemulihan dalam komuniti yang mengimbangi kepentingan keselamatan awam, pemulihan individu, pengawasan serta persediaan untuk reintegrasi ke dalam keluarga dan masyarakat.

“PBSL dilaksanakan kepada prospek yang layak tanpa mengira latar belakang, kedudukan, status atau pengaruh seseorang. Status individu bukan kriteria yang memberikan kelebihan atau pengecualian daripada proses kelayakan dan penilaian yang ditetapkan.”

Jabatan itu menegaskan dakwaan bahawa pelepasan melalui PBSL diberikan atas layanan berbeza atau dwistandard adalah tidak tepat.

“Setiap pertimbangan dibuat berdasarkan kelayakan, penilaian dan proses yang ditetapkan, manakala prospek yang diberikan PBSL kekal tertakluk kepada pengawasan sehingga selesai menjalani baki tempoh hukumannya.

Sebelum ini, Presiden MCA, Wee Ka Siong, mempersoalkan mengapa tiada sebarang bantahan daripada Pakatan Harapan apabila Peter dilepaskan secara parol. Beliau membandingkan situasi ini dengan seruan gabungan itu agar mereka disabitkan kesalahan rasuah atau penyalahgunaan kuasa terutamanya kes berprofil tinggi menjalani hukuman penjara sepenuhnya.

Isu ini timbul di tengah-tengah permohonan pengampunan bekas perdana menteri, Najib Razak, berhubung sabitan kes yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.