PunchMorning recap: Again, Nigerians lose savings to Ponzi scheme, Dangote refinery raises petrol gantry price, other top storiesESPN Deportes49ers extienden contrato de Shanahan, fuentesוואלהדיווח: ארה"ב תגביל את חלונות הזמן להגנה אווירית על מכליות במצר הורמוזESPNBen Shelton's shot at history comes Sunday in the US Open finalInquirerRidon to Sara Duterte: Attend Monday’s Senate impeachment trialХабрВы узнаете о клике через девять дней, и не от того, кто кликнулSözcüAmasya’da motosiklet bariyerlere çarptı: 18 yaşındaki sürücü hayatını kaybettiRapplerNew rules, new season: What to know about UAAP 2026-2027Cumhuriyetİzmir'in en uç noktasında saklanan el değmemiş cennet! Nergis kokulu sokakları ve turkuaz koyları ile Karaburun...InteriaPolski oficer w pojedynkę zatrzymał Niemców. Generał oddał mu własny orderLa NaciónUn geriátrico en Chile sufrió un incendio: hay al menos 16 muertos20 MinutenEinbrecher in der Villa – Thierry nimmt die Verfolgung auf
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 12, 2026

‘Tak perlu takut, tak perlu gentar’ dengan kerjasama Umno-PAS, Pemuda NS beritahu MCA, MIC

Translate

Ketua Pemuda Umno NS, Fadil Md Zain, kata hasil PRN Negeri Sembilan membuktikan manfaat kerjasama dengan PAS.
KUALA LUMPUR:

MCA dan MIC tidak perlu takut atau gentar dengan kerjasama Umno-PAS, terutama selepas gandingan itu telah memberikan kemenangan pada PRN lalu, kata ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan.

Mengambil contoh PRN Negeri Sembilan yang menyaksikan MCA menumbangkan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook di DUN Chennah dan memperoleh kerusi, Fadil Md Zain berkata kerjasama politik perlu dilihat berdasarkan hasil kepada parti dan bukan sentimen atau kepentingan peribadi semata-mata.

“Anda tidak perlu takut dengan penyatuan ini. Anda tidak perlu gentar dengan kerjasama ini kerana kami telah membuktikan di Negeri Sembilan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

“MCA daripada tidak mempunyai satu pun kerusi telah berjaya memperoleh dua kerusi. Apatah lagi, yang membanggakan kami adalah, kerusi yang selama ini dipegang oleh Loke hari ini telah pun berjaya dirampas oleh MCA,” tambahnya.

Pada masa sama, Fadil berkata Umno perlu bijak memilih rakan kerjasama dalam landskap politik sekarang.

“Kalau Umno salah pilih kawan, takut nanti kita yang sawan. Kalau Umno salah memilih rakan, takut nanti kita yang kena makan. Kalau Umno salah memilih sahabat, takut nanti ahli kita pula yang kena sebat,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.