Daily MaverickNew wave of bomb hoaxes hits dozens of flights across EuropePunchNJC suspends three judges, disciplines six othersThe Jerusalem PostDemocratic socialist Raman elected Los Angeles mayor in upset over Bass한겨레이 대통령, 한국전쟁기 민간인 희생자에 “깊은 애도…유해발굴 적극 추진”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSouth China Morning PostGrowing Vietnam ties test Japan’s commitment to rules-based regional orderAnime News NetworkDragon Ball Z's English Dub Composer Elected as Texas Attorney GeneralGIGAZINE女性を物のように見てしまう「性的対象化」は電気刺激で矯正可能という研究結果The Sydney Morning Herald‘Total surrender, that’s what healed me’: Daine came back from the brink and made a pop classicSeeking AlphaAtkinsRéalis Group Inc. declares $0.02 dividendLenta.ruБывший заключенный рассказал о бесчеловечных пытках в тайных тюрьмахDeadline‘SNL’ Writer Jimmy Fowlie Pays Tribute To Late Sister On Her Birthday After 2 Arrested For Her Killing
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 6, 2026

Kerajaan beri fleksibiliti moratorium eksport REE, tarik pelabur berpotensi

Translate

Kerajaan bersetuju memberikan fleksibiliti dasar moratorium eksport bahan mentah unsur nadir bumi (REE) sedia ada melalui Garis Panduan Pertimbangan Permohonan Pengeksportan Unsur Nadir Bumi Mentah bagi menarik pelabur berpotensi.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) memaklumkan pada masa ini, pelabur REE agak keberatan untuk melabur kerana ketiadaan jaminan bekalan bahan mentah yang stabil dalam negara.

Menurutnya, fleksibiliti pengeksportan itu terhad untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) sahaja.

“Tambahan pula, syarikat yang berkaitan hendaklah menunjukkan komitmen jelas mengenai kerjasama pembangunan fasiliti pemprosesan di Malaysia dalam tempoh tiga tahun dari tarikh kelulusan eksport bahan mentah REE,” menurut Miti.

Kementerian itu menjawab soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) mengenai pendirian tegas kerajaan berhubung perjanjian pembekalan oksida nadir bumi bernilai USD96 juta antara Lynas dengan Pentagon, Amerika Syarikat (AS).

Miti memaklumkan, strategi kementerian tertumpu kepada usaha menarik pelaburan domestik dan antarabangsa untuk membangunkan dan seterusnya memperkasa segmen industri REE pertengahan dan hiliran, terutamanya dalam pembuatan berteknologi tinggi seperti magnet kekal, bahan termaju, komponen elektronik dan bateri.

Bagi menjayakan aspirasi membangunkan industri REE negara, Malaysia perlu memanfaatkan kerjasama strategik dan pemindahan teknologi dari dalam negara termasuk juga negara rakan yang berpengalaman dalam pemprosesan REE.

“Langkah ini bukan sahaja akan dapat mengukuhkan keupayaan tempatan merentasi seluruh rantaian nilai iaitu daripada aktiviti perlombongan sehinggalah kepada pembuatan produk akhir, malah akan menempatkan Malaysia sebagai pemain penting dalam rantaian bekalan global mineral kritikal,” tambahnya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.