PunchBeside Adamawa Government House, school battles decay, thirstThe Jerusalem PostUS Justice Department has not concluded Alice Huang was Chinese spy, Blanche saysInquirerOlive Ridley hatchlings freed in Tayabas Bay한겨레이 대통령 지지율 39%…민주·국힘 격차 13%p 벌어져 [갤럽]ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioNew Straits TimesHoliday rental boom squeezes out residents in Spain's MalagaDeadlineAlanis Morissette Recalls ‘Dogma’ Co-Star Ben Affleck Asking Her Why She Didn’t “Lead With My Sexuality”BBC NewsScandal-hit Nvidia CEO Jensen Huang quits, plunging AI chipmaking giant into turmoilRolling StoneDaddy Yankee’s Latin Grammys Medley Was a Supershow — And Possibly a Coachella PreviewRapplerLIVE UPDATES: Impeachment trial of Vice President Sara DuterteImpress Watch宝くじ公式サイトに不正アクセス 4436アカウントに被害中国新闻网金价波动加剧,多家银行新增积存金挂单业务
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 13, 2026

Anwar di tempat ke-13 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia

Translate

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menduduki tempat ke-13 dalam edisi 2027 “The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims” yang diterbitkan Royal Islamic Strategic Studies Centre berpangkalan di Jordan.

Menurut edisi tahunan ke-18 penerbitan itu yang boleh diakses menerusi https://themuslim500.com, Anwar mula memegang jawatan perdana menteri Malaysia ke-10 pada November 2022, menerajui kerajaan perpaduan di bawah gabungan Pakatan Harapan (PH).

Laporan itu menyatakan Anwar yang juga menteri kewangan mengutamakan strategi peralihan digital dan ekonomi mantap menerusi kerangka Malaysia Madani yang menjadi gagasan beliau, dengan meletakkan kecerdasan buatan, semikonduktor, pusat data, pengkomputeran awan serta peralihan tenaga sebagai teras agenda strategik kerajaan.

“Pada Jun 2026, Anwar mengetengahkan peralihan tenaga sebagai tonggak utama agenda pembangunan Malaysia, dengan menghubungkan keperluan tenaga masa depan negara secara langsung kepada perkembangan pesat sektor infrastruktur berteknologi tinggi,” menurut laporan itu.

Di peringkat serantau, penerbitan itu turut menonjolkan peranan Anwar sebagai orang tengah dalam isu keamanan konstruktif di Asia Tenggara, khususnya menerusi inisiatif diplomatik bagi meredakan ketegangan dan membina kepercayaan antara Thailand dengan Kemboja susulan pertempuran di sempadan pada Julai 2025.

“Selaku perdana menteri Malaysia dan pengerusi Asean, beliau menjadi tuan rumah bagi rundingan antara pemimpin kedua-dua negara di Putrajaya yang membantu mencapai persetujuan gencatan senjata. Anwar membantu membina kepercayaan antara Bangkok dengan Phnom Penh, sekali gus memperkukuh imej Malaysia sebagai perantara keamanan konstruktif di Asia Tenggara.”

The Muslim 500 mengiktiraf Anwar antara ketua negara paling lantang di dunia dalam memperjuangkan isu Palestin, dengan mengekalkan sokongan teguh negara terhadap perlindungan orang awam dan akses kepada bantuan kemanusiaan di Gaza.

“Dengan mengambil pendirian tegas di pentas antarabangsa, Anwar mengumumkan kepada Parlimen bahawa negara sedang menerajui gabungan teras antarabangsa yang merangka resolusi rasmi untuk mengusir Israel daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Anwar mengulangi pendirian Malaysia sama sekali tidak mengiktiraf Israel adalah kekal.”

Laporan itu menyatakan pertemuan Anwar dengan pegawai Hamas, termasuk pemimpinnya dan Allahyarham Ismail Haniyeh, mencetuskan bantahan terbuka daripada negara Barat, namun ditolak secara jelas oleh perdana menteri sambil menegaskan hak mutlak Malaysia sebagai negara berdaulat untuk menentukan dasar luarnya sendiri.

Selain kepimpinan politik, pengiktirafan itu turut merakamkan penglibatan awal Anwar dalam aktivisme sebagai pengasas dan presiden Angkatan Belia Islam Malaysia pada 1971, selain pengalamannya menerajui beberapa portfolio Kabinet, termasuk timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada 1990-an.

Laporan itu turut mengetengahkan sumbangan besarnya dalam bidang akademik, dengan memegang jawatan sebagai ahli akademik pelawat di St Antony’s College, Oxford, Johns Hopkins University, dan Universiti Georgetown.

“Beliau ialah pengasas bersama International Institute of Islamic Thought yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada 1981. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pro-Canselor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dari 1983 hingga 1988 serta menerima pelbagai ijazah kehormat antarabangsa.”

Dalam edisi 2027, kedudukan teratas dikongsi Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, Perdana Menteri Pakistan Mian Muhammad Shehbaz Sharif dan Ketua Staf Tentera Darat Syed Asim Munir serta Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Pemimpin Asia Tenggara lain yang turut tersenarai dalam kelompok 50 teratas termasuklah Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada kedudukan ke-16, Pengerusi Nahdlatul Ulama Yahya Cholil Staquf (ke-21) dan ulama Indonesia Habib Luthfi bin Yahya (ke-31).

Pakar pediatrik Palestin dan Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr Hussam Abu Safiya, yang ditahan Israel tanpa pertuduhan sejak Disember 2024 dinobatkan “The Muslim 500’s Man of the Year for 2027” dan menduduki tempat ke-50 dalam senarai itu.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.