CNN TürkABD ara seçime gidiyor: Trump'ı hezimet mi bekliyor?The Jerusalem PostIsraeli, US flags burned in Lyon as economic protests turn violent in European citiesSky TG24Pagine, la rassegna stampa di Sky TG24 del primo novembrePunchFans renew Funke Akindele-Toyin Abraham rivalry ahead of December releasesInquirerMarcos urges Filipinos to turn Undas spirit into acts of kindnessInquirer EntertainmentRonnie Liang now authorized to fly Philippine Army aircraftZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio매일경제출근길 15분, 주말엔 정주행 … 투자 지식도 '복리 효과' 있네20 Minuten«Wo ist Yannik?»: Heidis rührende Geste an der Halloween-PartySözcüİstanbul barajlarında doluluk yüzde 53,74: Pabuçdere yüzde 2,76’daHabertürkKasım ayında 9 oyun seyirciyle buluşuyorFotogramasMeryl Streep, sobre la pérdida de su primer novio: "Sobre todo para mí, que estoy atada a todo tipo de debilidades humanas, él era un tipo que le daba sentido a todo"
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 1, 2026

Polis tahan lelaki positif dadah dikejar dari Sri Petaling ke Cyberjaya

Translate

Seorang penghantar makanan ditahan polis selepas melanggar beberapa kenderaan lain ketika cuba meloloskan diri daripada dikejar polis dari Sri Petaling ke Cyberjaya semalam.

Ketua Polis Brickfields, Hoo Chang Hook, berkata suspek berusia 41 tahun yang memandu van Nissan Vanette itu pada mulanya dikesan menggunakan telefon bimbit ketika memandu di Sri Petaling, kira-kira 1.20 petang.

Katanya, dia yang enggan mematuhi arahan berhenti sebaliknya membuat pusingan U dan memecut laju, menyebabkan anggota polis bertindak mengejarnya.

“Suspek dikejar dari Sri Petaling menuju ke Lebuhraya Maju (MEX) sebelum berjaya dipintas di sepanjang Persiaran APEC di Cyberjaya.

“Suspek turut melanggar beberapa kenderaan lain dan pengguna jalan raya terjejas dijangka membuat laporan polis berasingan dengan polis trafik berhubung pelanggaran itu,” katanya, menurut Berita Harian.

Terdahulu, tular beberapa video di media sosial menunjukkan sebuah van dikejar kenderaan polis dengan lampu kecemasan dinyalakan, termasuk dalam keadaan kesesakan lalu lintas.

Satu lagi klip video dipercayai dipetik daripada rakaman litar tertutup (CCTV), menunjukkan sebuah van berwarna perak melalui sebuah plaza tol.

Ho berkata pemeriksaan ke atas kenderaan suspek tidak menemui barang terlarang, bagaimanapun ujian saringan awal air kencing ke atasnya mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, suspek juga dikesan mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan narkotik dan kenderaannya dirampas untuk siasatan lanjut.

“Penyiasat sedang berusaha mengesan pemilik berdaftar kenderaan itu bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Polis dijangka perintah reman terhadap suspek hari ini bagi siasatan lanjut,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.