ESPN DeportesGeorgia da golpe en la SEC con triunfo sobre Alabama en TuscaloosaESPNWWE Money in the Bank takeaways: Everyone wants a shot at Roman ReignsPunchGot admitted to four foreign varsities but couldn’t afford to leave Nigeria — Cybersecurity graduateThe Jerusalem PostShahar Nevo's double life as Bar-Ilan math professor accused of plotting massacre - explainerZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudioالنهارخمسة عوامل تحدد مصير السيطرة الحوثية3DNewsNvidia присматривается к поглощению стартапа Reflection AI, который разрабатывает ИИ-модели с открытыми весамиThe Sydney Morning HeraldBen Roberts-Smith joins 600 veterans as Albanese marks Australia’s 25 years in AfghanistanNew Straits TimesAlcaraz through in straight sets on Shanghai Masters openerMalay MailAmerican tenant refuses to pay rent, sues elderly owners of Singapore Kembangan landed property who want house backStraits Times SportFour All Blacks ruled out of second Wallabies testThe Straits TimesHow SJI shapes character through holistic education
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 11, 2026

Walaupun tertangguh, LCS ‘lebih baik daripada tiada langsung’, kata pakar

Translate

Projek kapal tempur pesisir (LCS) yang kontroversi masih akan menyediakan aset penting dan relevan kepada tentera laut meskipun penyerahan kapal berulang kali tertangguh, kata penganalisis pertahanan.

Walaupun ada pihak berpendapat kapal berkenaan mungkin sudah ketinggalan zaman ketika diserahkan, penganalisis pertahanan Lam Choong Wah dan Salawati Mat Basir menegaskan bahawa LCS masih mampu meningkatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan ketara.

Lam Choong Wah

Lam Choong Wah.

Lam dari Universiti Malaya mengakui sistem pengurusan, sistem pemantauan dan platform persenjataan kapal itu mungkin ketinggalan dari segi teknologi apabila mula beroperasi.

“Bagaimanapun, berdasarkan definisinya, ini bukan projek ‘gajah putih’ yang tidak menghasilkan apa-apa,” katanya sambil menambah bahawa LCS masih akan meningkatkan keupayaan tentera laut dengan ketara.

“Jadi, ia masih lebih baik daripada tiada langsung,” katanya kepada FMT.

Salawati Mat Basir.

Salawati, pakar hal ehwal maritim dari Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata projek LCS masih amat diperlukan oleh TLDM.

“Ya, ia agak ketinggalan dalam sesetengah aspek, tetapi kita tiada pilihan.”

Projek LCS yang pada asalnya menelan kos RM9 bilion itu disifatkan sebagai perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah Malaysia. Kelewatan dan peningkatan kos menyebabkan perbelanjaannya melonjak kepada RM11.22 bilion, meskipun jumlah kapal yang akan diserahkan dikurangkan daripada enam kepada lima.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dikeluarkan pada 5 Okt menyatakan kapal LCS pertama (LCS 1) mungkin hanya beroperasi sepenuhnya pada Disember 2035, bagaimanapun Menteri Pertahanan Khaled Nordin mempertikaikan unjuran itu.

Audit itu turut mendapati bahawa sehingga 25 Jun, keseluruhan projek LCS bagi kelima-lima kapal ketinggalan 7.55% daripada jadual, dengan kelewatan antara 30 hingga 108 hari.

‘Kita perlukan RCI’

Lam turut menyokong gesaan supaya suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat projek bermasalah itu, dengan berkata terdapat banyak dokumen sensitif yang tidak dapat diakses walaupun oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Selain itu, RCI boleh mengesyorkan pembaharuan dasar dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan kemajuan pada masa depan, perolehan pertahanan Malaysia perlu dilaksanakan dengan ketelusan dan pengawasan yang lebih tinggi, iaitu dua elemen yang amat kurang diberi perhatian selama beberapa dekad.

Lam berkata isu yang timbul dalam projek LCS bukanlah sesuatu yang luar biasa, sebaliknya sudah menjadi kebiasaan.

Walaupun ada pihak berpendapat perolehan pertahanan perlu dirahsiakan kerana sifatnya yang sensitif, beliau berkata negara lain telah mengutamakan pembaharuan bagi meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti.

Katanya, langkah pertama ke arah ketelusan adalah dengan menyenaraikan perolehan pertahanan utama dalam belanjawan persekutuan tahunan, manakala semua perolehan bernilai lebih RM100 juta perlu secara automatik diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

“Pengawasan berterusan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Ketua Audit Negara dan jawatankuasa pilihan keselamatan Parlimen perlu diwajibkan secara automatik bagi semua perolehan pertahanan bernilai lebih RM100 juta,” katanya.

Salawati berkata masalah berulang dalam pembelian aset pertahanan adalah berkaitan dengan amalan rundingan terus atas alasan keselamatan negara, yang menyebabkan penelitian rapi oleh orang awam dan Parlimen diketepikan.

Beliau menggesa penubuhan jawatankuasa perolehan yang melibatkan pelbagai cabang perkhidmatan dan kementerian untuk mengawasi pembelian aset pertahanan. Katanya, mekanisme itu dapat memastikan keputusan tidak hanya terletak di tangan seorang individu.

“Perolehan antarabangsa melalui tender terbuka juga perlu dilaksanakan supaya tiada pihak yang dapat mengambil komisen daripada kontrak,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.