וואלהמתקפת כטב"ם גרמה נזק למתקן תעשייתי ברוסיהInquirerEasterlies to affect N. Luzon; localized thunderstorms to prevail over PHThe Jerusalem PostTrusting your audience: What NAZA could learn from Fauda's latest season - editorial한겨레내년 한부모가족 지원 대상 1만3천명 늘어난다CNN TürkSeferihisar Belediyesi'nde ‘rüşvet’ soruşturması; 47 şüpheli adliye sevk edildiSözcüİstanbul'da zehir tacirlerine operasyon: Kilo kilo uyuşturucu ele geçirildiESPN DeportesDodgers vence a Reds y asegura boleto a playoffs igualando récordSBS 뉴스권익위 "옥외광고물 빛방사 기준 적용 지역·조명기구 확대해야"Observador DesportoEscolas em Lisboa alargam turmas para acolher alunos sem ...Daily MailNewlyweds Zendaya and Tom Holland look loved-up as they flash their wedding rings at Emmys 2026 after surprise nuptialsسكاي نيوز عربيةليست مجرد جبال.. لماذا قد تغير كهبوب معادلة باب المندب؟The Hollywood ReporterEmmy Awards Snubs and Surprises: ‘Hacks’ Comes Up Short; John Oliver Shut Out; Allison Janney Scores Unexpected ‘Diplomat’ Win
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 15, 2026

Mahkamah arah jual banglo 3 beradik selepas 15 tahun bersengketa

Translate

Mahkamah Tinggi memerintahkan penjualan sebuah banglo dimiliki secara benefisial oleh tiga beradik yang juga anak seorang pakar mata selepas mendapati hubungan mereka retak dan tidak dapat dipulihkan susulan prosiding lebih 15 tahun.

Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Apandi berkata penjualan melalui perintah mahkamah itu perlu bagi menyelesaikan kebuntuan berhubung hartanah di Lorong Raja Uda 1, berhampiran Jalan Raja Muda Abdul Aziz, di sini.

Banglo itu didaftarkan atas nama abang sulung, Aziz Al-Akbar Noor, kerana dua adik perempuannya masih di bawah umur ketika bapa mereka membelinya pada 1978.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati Aziz memiliki satu pertiga bahagian secara benefisial, manakala baki dua pertiga dipegangnya sebagai pemegang amanah untuk kedua-dua adik perempuannya dalam bahagian sama rata.

Adik perempuan kedua, Jelinar Noor, telah menduduki banglo itu secara eksklusif sejak 2001 tanpa membayar sewa kepada adik-beradiknya.

Arziah berkata bukti menunjukkan tiada kemungkinan realistik untuk ketiga-tiga beradik itu bekerjasama berhubung hartanah berkenaan.

“Hubungan mereka telah retak dan tidak dapat dipulihkan,” katanya dalam alasan penghakiman.

Hakim berkata Aziz, selaku plaintif, pada hakikatnya telah dinafikan manfaat daripada satu pertiga bahagiannya selepas berpindah keluar pada 1990 dan tidak kembali ke hartanah itu sejak 2007.

“Tanpa penjualan melalui perintah mahkamah, plaintif akan kekal sebagai pemilik satu pertiga bahagian dan pemegang amanah tanpa batas waktu, tanpa kaedah praktikal untuk merealisasikan kepentingannya,” katanya.

Arziah turut menolak hujah Jelinar bahawa Aziz hanyalah pemegang amanah kosong yang tidak mempunyai kuasa untuk menjual hartanah itu.

Beliau berkata ketiadaan kuasa penjualan secara bebas pada Aziz tidak menghalang mahkamah daripada menggunakan kuasa berkanun di bawah Akta Pemegang Amanah 1949, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

“Kuasa terhad yang dimiliki pemegang amanah kosong merupakan asas kepada pengoperasian Seksyen 59 Akta Pemegang Amanah 1949,” katanya.

Arziah berkata Aziz dan adik bongsu mereka, Shamsinar, sebelum ini menawarkan untuk menjual bahagian masing-masing kepada Jelinar, namun Jelinar tidak memberikan sebarang maklum balas.

Beliau berkata penjualan melalui perintah mahkamah tidak akan menafikan hak Jelinar kerana beliau akan menerima satu pertiga daripada hasil bersih jualan.

Hakim itu turut berkata adik bongsu berkenaan memerlukan bahagiannya untuk menampung perbelanjaan perubatan dan membeli hartanah lain.

Beliau menambah, memandangkan ketiga-tiga beradik itu sudah berusia, kegagalan menyelesaikan pertikaian itu boleh menimbulkan komplikasi lanjut sekiranya mana-mana daripada mereka meninggal dunia, termasuk isu berkaitan faraid.

Arziah memerintahkan hartanah itu dijual dalam tempoh 12 bulan, tertakluk kepada harga minimum 90% daripada nilai pasaran baharu.

Jelinar turut diperintahkan mengosongkan hartanah itu dalam tempoh 60 hari.

Hasil bersih jualan selepas ditolak kos penjualan hendaklah dibahagikan sama rata antara ketiga-tiga beradik.

Arziah berkata sebarang tuntutan sewa yang masih dalam tempoh had masa yang ditetapkan boleh dikemukakan untuk penilaian atau siasatan.

Ivanpal Grewal mewakili Abdul Aziz, manakala L Prakash mewakili Jelinar dan Ahmad Shahrizal Abdul Aziz mewakili Shamsinar.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.