PunchAbia APC candidate denies alliance rumoursThe Jerusalem PostAfter Morocco, Tokyo ticket troubles, Arkia launches discounted eSIM deal for passengersCNN TürkSON DAKİKA | Van'da feci kaza! TIR ile minibüs çarpıştı: 9 ölü, 5 yaralıInquirerTwo arrested in Dipolog buy-bust, shabu worth P340,000 seizedZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSoompiWatch: A2O LITE Takes 10th Win For “NEON” On “Music Core”; Performances By BLACKPINK’s Jisoo, RESCENE, TREASURE, And MoreDaily MailRussell Brand is left 'cowering in fear' in his cell as hundreds of prisoners chant: 'There's a Brand new n***e on the wing!'The Indian ExpressGokul chairman poll: CM says quorum is a must, Satej Patil says not requiredEl ComercioResultados Loto Plus Sorteo 3933: controlar los números del sábado 7 de noviembreGMA NewsTrump asks UFC chief Dana White to be White House press secretaryColliderAnya Taylor-Joy’s 148-Minute Sci-Fi Blockbuster Officially Wins Over Fans on StreamingMalay MailPolice round up nine suspects after 19-year-old killed in Sibu
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 8, 2026

Petua 10: Gaya bahasa samar, berlapik dan mengelirukan–senjata sulit propaganda moden

Translate

Dalam dunia politik moden yang penuh dengan kebanjiran maklumat, propaganda tidak lagi beroperasi dengan cara lama yang kasar, memaksa dan terang-terangan. Propaganda hari ini bergerak melalui bahasa, khususnya bahasa yang samar, berlapik, dan mengelirukan.

Menurut Jason Stanley, Profesor Falsafah di Yale University dan penulis buku How Propaganda Works (2015), propaganda moden berjaya bukan kerana ia mengelirukan, tetapi kerana ia menggunakan kebenaran yang difahamkan secara keliru. Bahasa propaganda menjadi alat untuk mengawal fikiran rakyat dengan cara yang lembut, hampir tidak dapat dikesan, namun sangat efektif dalam membentuk apa yang rakyat fikir benar.

Stanley menjelaskan propaganda moden berfungsi dengan cara menghalang wacana kritikal. Ia bukan sekadar menutup akses kepada maklumat, tetapi memanipulasi makna maklumat tersebut sehingga rakyat tidak dapat membuat penilaian rasional.

Bahasa yang digunakan kelihatan profesional, teknikal dan dilihat rasional namun sebenarnya ia menyembunyikan tindakan sebenar atau menutup kegagalan. Contoh mudah: apabila subsidi ditarik balik, ia akan disebut sebagai ‘penstrukturan semula mekanisme bantuan’ atau ‘rasionalisasi subsidi’. Apabila berlaku masalah dalam pentadbiran, kita mendengar frasa ‘isu dalam perhatian’, ‘penilaian sedang dibuat’, atau ‘perkara ini sedang dikaji secara menyeluruh’. Semua ayat ini nampak sopan dan meyakinkan, tetapi jika diteliti secara mendalam, ia tidak menjelaskan apa-apa pun.

Seni propaganda melalui bahasa samar ini berfungsi kerana ia memenuhi dua keperluan politik: pertama, menjaga imej pemerintah; kedua, menenangkan rakyat supaya tidak panik. Stanley membahagikan propaganda kepada dua kategori.

Supporting propaganda menggunakan bahasa yang kelihatan menyokong nilai demokrasi seperti ketelusan, profesionalisme dan kestabilan, tetapi tujuan sebenarnya ialah mengekalkan kuasa pemerintah.

Undermining propaganda pula ialah bahasa yang kelihatan rasional tetapi digunakan untuk menutup ketidakjujuran atau tindakan yang bertentangan dengan kepentingan awam. Kedua-duanya menggunakan bahasa yang sama iaitu kabur, berlapik, dan sabar berfungsi dalam konteks yang berbeza.

Dalam masyarakat moden, bahasa berlapik digunakan untuk mengurus persepsi dan emosi rakyat. Apabila isu sensitif timbul seperti kenaikan harga barang, kegagalan projek mega, kelemahan institusi, atau ketegangan kaum, pemerintah cenderung memilih frasa-frasa yang menenangkan. ‘Mengawal tekanan ekonomi global’, ‘menyelaraskan semula struktur fiskal’, ‘memperkukuh ekosistem pentadbiran’, atau ‘melakukan penambahbaikan proses’. Semuanya adalah contoh bagaimana bahasa digunakan untuk melunakkan realiti. Rakyat mendengar perkataan yang sedap, tetapi tidak memahami apakah tindakan sebenar yang sedang dilakukan.

Stanley menegaskan propaganda moden juga bekerja melalui kebanjiran maklumat. Dalam sistem di mana media dikawal secara langsung atau tidak langsung, maklumat satu sisi menjadi norma. Rakyat bergantung kepada ‘kebenaran rasmi’, dan bahasa pemerintah menjadi bahasa media.

Maka. gaya bahasa berlapik yang sama diulang melalui berita, kenyataan akhbar, laporan ekonomi dan ucapan pemimpin. Ulangan ini akhirnya menjadikan bahasa propaganda sebagai bahasa biasa. Rakyat tidak menyedari mereka sedang dipengaruhi, kerana bahasa yang digunakan bukan bahasa kasar atau menipu, tetapi bahasa yang nampak profesional.

Bahasa samar juga digunakan untuk mencipta musuh yang tidak bernama. Teknik ini sangat berkesan kerana ia menanam emosi tanpa perlu membuktikan apa-apa. Ungkapan seperti ‘pihak tertentu sedang cuba menggugat kestabilan negara’, ‘agenda asing sedang menyusup’, atau ‘unsur ekstrem tidak boleh dipandang ringan’ sering digunakan tanpa identiti jelas.

Rakyat mendengar ancaman, merasai kebimbangan, tetapi tidak mengetahui siapa musuh sebenar. Inilah teknik propaganda yang menanam rasa takut secara terkawal dan sekali gus memberikan justifikasi kepada tindakan pemerintah untuk bertindak keras, menggubal undang-undang tambahan atau mengawal ruang awam.

Dalam konteks Malaysia, budaya bahasa berlapik sudah lama berakar. Ketika isu perkauman timbul, istilah ‘sensitiviti masyarakat’ digunakan untuk mengelakkan perbincangan terus tentang diskriminasi atau ketidaksamarataan.

Ketika berlaku skandal, istilah ‘ketirisan kecil’ digunakan. Ketika ekonomi merosot, istilah ‘penyesuaian struktur ekonomi’ menjadi pilihan. Apabila kerajaan gagal mengurus bencana, ungkapan ‘cabaran penyelarasan’ digunakan bagi mengalihkan perhatian daripada kelemahan pengurusan. Bahasa ini tidak salah, tetapi ia menjarakkan rakyat daripada memahami realiti sebenar.

Propaganda melalui bahasa samar bekerja bukan dengan cara memaksa rakyat percaya sesuatu, tetapi dengan cara mengisi ruang antara penjelasan dan kekeliruan. Rakyat yang tidak mendapat maklumat sebenar akhirnya membina naratif sendiri berdasarkan andaian dan perasaan.

Inilah yang dimaksudkan Stanley apabila beliau mengatakan propaganda moden adakalanya memanipulasi rasional manusia. Ia mengehadkan rakyat untuk berfikir, tetapi mendidik mereka menerima kabus sebagai kebenaran.

Dalam era digital, bahasa samar menjadi lebih penting kerana maklumat tersebar dengan pantas. Propagandis perlu mengurus persepsi dengan cepat, dan bahasa berlapik memberikan mereka masa. Satu kenyataan kabur sudah cukup untuk menghentikan kritikan selama 24 jam, sementara strategi komunikasi seterusnya disusun. Contohnya, ketika berlaku masalah dalam sesuatu operasi kenyataan seperti ‘sistem sedang dipertingkatkan’ atau ‘masalah teknikal sedang diselesaikan’ membantu menutup tekanan awam sementara ruang masa dicari boleh menyelesaikan masalah.

Kesannya, rakyat berdepan dunia yang penuh dengan ayat tetapi kosong makna. Mereka mendengar banyak perkataan, tetapi sedikit fakta. Mereka rasa diberi maklumat, tetapi sebenarnya menerima secara samar. Propaganda paling berjaya ialah propaganda yang menjadikan rakyat percaya mereka memahami sesuatu isu padahal mereka tidak diberi maklumat sebenar.

Jason Stanley merumuskan hal ini dengan tepat iaitu: ‘Propaganda ialah manipulasi kehendak rasional manusia sehingga perbincangan terhenti’. Inilah kekuatan gaya bahasa samar dan berlapik. Ia bukan hanya menutup kebenaran, tetapi menutup pintu untuk bertanya.

Dan selama pintu itu tertutup, propaganda menguasai seluruh ruang pemikiran masyarakat.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.