The Jerusalem PostRitz-Carlton Herzliya earns Green Key certification for 2027PunchCanada plans permanent residency for 100,000 workers, family membersInquirerThis BINI’s content may be ‘Pantropiko’ – but not ‘pantrapiko’Inquirer EntertainmentAsean star treatment: Lea, ‘Lara’ and a life of purpose한겨레오는 주말, 다음 주초 ‘전국에 비’…수능날은 춥다Complete SportsGuardiola Linked With US Men’s National Team Coaching JobZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioRMF24Polityczny głód alternatywy. Polacy oczekują nowej partii. Sondaż dla RMF FMThe Sydney Morning HeraldBaby boy survives allegedly being buried alive in a dog crateNOSWekdienst 12/11: Erop of eronder voor kabinet • Hoger beroep tegen ErasmusschutterCNN بالعربيةالرئيس الإيراني يلتزم الصمت عند سؤاله عن مبدأ "لا حرب ولا سلام" بمؤتمر COP31Antara NewsGibran resignation would halt 120-lawmaker impeachment motion
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 12, 2026

Syarikat China digesa libat pembekal tempatan seawal perancangan pelaburan

Translate

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin menggesa syarikat daripada China terlibat dengan pembekal tempatan seawal peringkat perancangan pelaburan di negara ini, bukannya selepas kilang siap dibina.

Sim berkata, pelabur dari China juga tidak wajar memasuki pasaran negara ini dengan pegangan penuh tanpa rakan kongsi tempatan, sebaliknya perlu menjalinkan usaha sama untuk berkongsi modal dan risiko.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan pemindahan teknologi dan pengukuhan rantaian bekalan domestik.

“Kita mahu mengecilkan defisit dagangan dengan mewujudkan kerjasama lebih kukuh. Ini bermakna mereka (pelabur) bukan sekadar datang menjadikan Malaysia sebagai pasaran jualan, tetapi menjalin perkongsian tulen.

“Syarikat yang mahu masuk ke Malaysia digesa mencari rakan kongsi tempatan supaya ia menjadi situasi menang-menang, baik daripada syarikat besar seperti Geely hinggalah syarikat sangat kecil seperti kedai makan atau peniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Usahawan Malaysia-China 2026 di Wisma Huazong di Seri Kembangan.

Sim berkata, meskipun China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 17 tahun berturut-turut dengan jumlah dagangan melonjak 37% kepada RM529.4 bilion bagi sembilan bulan pertama tahun ini, Malaysia berdepan cabaran defisit dagangan yang melebar kepada RM191.5 bilion.

Katanya, eksport Malaysia ke China juga meningkat sekitar 23.5% kepada RM168.9 bilion dari Januari hingga September lalu, import dari negara itu melonjak jauh lebih tinggi pada kadar 44.5% kepada RM360.4 bilion.

Terdahulu dalam ucapannya, Sim menyeru pelabur China mengenal pasti dua atau tiga bidang komponen di mana pembekal tempatan mampu menepati piawaian kos dan kualiti mereka sejak fasa awal pelaburan.

“Sudah tiba masanya kita beralih daripada sekadar membeli antara satu sama lain kepada membina bersama-sama,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.