Bollywood HungamaEXCLUSIVE: Tips Films and Tips Music come on board for Emraan Hashmi’s musical horror film RoohInquirerUndas 2026: PITX logs over 1.68M passengersPunchMorning recap: Three homeless men shot dead in Lagos, Super Falcons receive $100,000 each, other top storiesThe Jerusalem PostJudge blocks Trump administration from pressuring states over noncitizen votingSky TG24Polonia, scontro tra Tusk e Nawrocki sul Tribunale costituzionaleCNN TürkHava Durumu (03-11-2026)한겨레미 중간선거, 미·중 ‘전략적 안정’ 시험대…“트럼프, 관계 안정 추구할 것”Daily MaverickVIDEO: Poll Dancing: Watch Politically Aweh’s elections comedy special before you voteZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFScreen RantThe Elder Scrolls: Valenwood Officially Releases This MonthSouth China Morning PostChina moves to simplify forex settlements and make cross-border business easierХабрКак посчитать реальную цену секунды AI-видео: оплаченная и принятая секунда, лог дублей на Python
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 3, 2026

Rafizi beri keterangan berkait dakwaan RM9.5 juta kepada Ramanan

Translate

Rafizi Ramli tiba di Bukit Aman kira-kira 10.57 pagi untuk memberi keterangan berhubung dakwaan pembayaran RM9.5 juta kepada Naib Presiden PKR R Ramanan serta isu mafia korporat.

Bekas menteri ekonomi hadir bersama tiga peguam iaitu Nik Zarith Nik Mustapha, Adi Zulkarnain Zulkafli dan Wan Ahmad Qushairi Adzmi.

“Saya dipanggil untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 500 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan berhubung satu ceramah yang disampaikan di Selayang pada 20 Okt lalu.

“Notis polis itu menyebut dengan jelaslah bersabit dakwaan RM9.5 juta yang dituduh diberikan kepada Ramanan dan juga ucapan berkaitan dengan mafia korporat,” katanya ketika ditemui.

Seksyen 500 Kanun Keseksaan ialah berkaitan kesalahan fitnah jenayah manakala Seksyen 505 melibatkan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam.

Menurut kenyataan di Facebook Rafizi semalam, siasatan dibuat susulan satu laporan polis diterima pada 22 Okt lalu.

“Jadi saya akan masuk bagi keterangan dan selepas keterangan itu sebarang perkembangan kena tanya polis,” katanya.

Semalam, Rafizi berkata notis polis memaklumkan siasatan itu berkaitan beberapa dakwaan dibangkitkan dalam ceramah berkenaan termasuk pembayaran RM9.5 juta kepada Ramanan.

Rafizi turut berkata, beliau akan hadir memberi keterangan walaupun terpaksa membatalkan acara kempen di Melaka dijadual berlangsung hari ini.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.