ESPN DeportesTrump critica a LeBron por actos en el himnoESPNFollow live: Bears extend lead as Williams finds Loveland for 12-yard TDLa NaciónLa agenda de la TV del viernes: los ensayos de la Fórmula 1 en Austin, la fecha 14 del Clausura y fútbol de EuropaThe Jerusalem PostFlorida man arrested for threatening life of Jewish Rep. Jared Moskowitzالنهاربين الأمل واليأس... كيف يرى الشباب سبيلاً للخروج من أزمة لبنان؟한겨레한전, ‘언리시 인재개발상’ 2년 연속 수상InquirerBicol launches ‘Bring Your Own Bote’ drive to fight plastic wasteZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFScreen Rant20 Glee Characters Who Need To Return In Disney+'s RebootStraits Times SportSixers rally from 29 down to stun Cavaliers in LeBron James’s home debut for PhiladelphiaBillboardManuel Turizo Sings His Song With Banda MS,”Tú Ni En Cuenta,” and Teases More Music to Come | Billboard Latin Music Awards 2026경향신문경찰, ‘핼러윈 특별치안대책’ 4500여명 투입…“시민 불안 유발 코스프레 자제” 당부
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 23, 2026

Ahli ekonomi persoal asas suntikan dana tambahan dalam usaha sama TH-FGV

Translate

Lembaga Tabung Haji dan FGV Holdings milik Felda sepatutnya membuat penilaian bebas masing-masing terhadap aset, prestasi operasi dan prospek Trurich Resources sebelum menambah dana ke dalam usaha sama yang akhirnya gagal, kata ahli ekonomi.

Barjoyai Bardai berkata, kedua-dua entiti berkaitan kerajaan itu sepatutnya lebih berhati-hati kerana suntikan modal tambahan ke dalam perniagaan yang berprestasi lemah boleh memburukkan kerugian jika masalah asasnya tidak diselesaikan.

“Keputusan (untuk menambah dana) tidak sepatutnya dibuat semata-mata kerana sejumlah besar modal sudah dibelanjakan,” katanya kepada FMT.

Dalam laporan mengenai TH yang diterbitkan baru-baru ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) merekodkan penjejasan nilai penuh terhadap pelaburan RM364.31 juta dana haji itu dalam Trurich selepas usaha sama berkenaan menjadi insolven sehingga pelaburan itu tidak lagi mempunyai nilai dalam rekod.

Barjoyai Bardai

Barjoyai Bardai.

Sementara itu, FGV dalam pendedahan pada 2019 melaporkan kerugian kira-kira RM234 juta daripada usaha sama 50:50 yang mengendalikan ladang kelapa sawit di Kalimantan, Indonesia.

FGV turut mendedahkan tambahan RM120 juta telah disuntik ke dalam usaha sama itu setakat 30 Okt 2019.

Barjoyai bagaimanapun mengakui kerugian dan suntikan dana dilaporkan FGV mungkin bertindih, manakala penjejasan nilai tidak semestinya bermaksud jumlah tunai yang sama benar-benar hilang.

Pada 2019, FGV mengakui penilaian RM1 bilion terhadap Trurich yang dibuat setahun sebelumnya terlalu agresif dan tidak mengambil kira keadaan ladangnya yang teruk.

Barjoyai berkata, kedua-dua rakan kongsi sepatutnya menjalankan penilaian bebas masing-masing dan tidak hanya bergantung kepada unjuran yang terlalu optimistik.

Katanya, lembaga pengarah kedua-dua pihak perlu terlebih dahulu menentukan sama ada punca kerugian boleh ditangani dan sama ada suntikan dana tambahan memberikan prospek lebih baik berbanding menjual aset, melakukan penstrukturan semula atau keluar daripada perniagaan itu.

Beliau berkata, sebarang dana tambahan juga perlu disertakan sasaran pemulihan yang jelas, had perbelanjaan serta mekanisme untuk menghentikan pembiayaan jika sasaran tidak dicapai.

Menurut laporan RCI, kelulusan diperoleh pada Disember 2020 untuk melupuskan anak syarikat Trurich, dengan FGV dan Maybank ditugaskan mengetuai rundingan.

Bagaimanapun, Barjoyai berkata kelulusan untuk pelupusan sahaja tidak menjamin pemulihan berjaya kerana ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk harga jualan, hutang tertunggak, kos transaksi dan jumlah bersih yang akhirnya diperoleh.

Katanya, proses pelupusan itu juga perlu telus, kompetitif dan selaras dengan kepentingan kedua-dua pemegang saham.

“Kejayaan pemulihan bukan diukur berdasarkan berapa lama sesuatu pelaburan dapat diteruskan, tetapi berapa banyak nilai ekonomi yang masih boleh diselamatkan dengan risiko tambahan yang munasabah,” katanya.

Kesan ekonomi lebih luas

Barjoyai berkata, modal yang terikat dalam perniagaan bermasalah boleh mengehadkan peluang pelaburan baharu, bergantung kepada kedudukan tunai sesebuah organisasi, akses kepada pembiayaan dan prestasi kewangan keseluruhannya.

“Persoalannya bukan hanya berapa banyak wang yang hilang, tetapi berapa banyak peluang ekonomi yang mungkin terpaksa dilepaskan kerana pelaburan gagal memberikan pulangan mencukupi,” katanya.

Bagi peneroka Felda dan usahawan Bumiputera, katanya, kerugian korporat yang berulang boleh mengecilkan ruang untuk pembangunan perniagaan, latihan dan peningkatan produktiviti.

Barjoyai berkata, pengurangan perbelanjaan juga boleh memberi kesan kepada pembekal pertanian, kontraktor dan pengusaha pengangkutan, manakala pengembangan yang lebih perlahan pula boleh mengehadkan peluang pekerjaan baharu.

Katanya, prestasi institusi akhirnya perlu diukur berdasarkan peningkatan produktiviti, pendapatan, peluang perniagaan dan pekerjaan kepada golongan yang sepatutnya menerima manfaat, bukan sekadar berdasarkan nilai aset.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.