ESPN DeportesCon jonrón de Smith, Diamondbacks deja tendido a YankeesESPNUFC 331: Live results and analysis for Joshua Van vs. Alexandre Pantoja 2PunchAkpabio, Natasha silent over activist’s fresh allegationוואלהאד שירן על ישראל ועזה: "מה שקרה ב-7 באוקטובר היה מחריד; המתרחש בעזה קטסטרופלי"InquirerPNP eyeing tougher measures, best practices on school safetySözcüTürkiye'nin 81 ilinde devreye giriyor: Akıllı şehir dönemi başlıyorUOLTSE suspende candidatura de Deltan Dallagnol ao Senado pelo ParanáCollider27 Years Later, The Greatest Action Sci-Fi Movie's Final Line Still Officially Defines the Genre매일경제연체율 44%, 저신용 자영업자의 위기G1Previsão do tempo hoje para Brasília (DF): sol com algumas nuvens; não choveLa TerceraEd Sheeran cambia el tono sobre Gaza: de evitar pronunciarse a calificar la situación de “injustificable”Premium TimesNDC dissociates itself from pro-Obi campaign council, warns candidates
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 20, 2026

Jangan alih keputusan pengampunan kepada PM, kata Tengku Zafrul

Translate

Tengku Zafrul Aziz membidas dakwaan kononnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertanggungjawab ke atas keputusan pengampunan Najib Razak, sambil mengingatkan bahawa bekas perdana menteri itu menerima pengampunan bersyarat, bukannya pengampunan penuh.

Tengku Zafrul yang juga penasihat kanan politik kepada perdana menteri menegaskan, perdana menteri tidak mempunyai kuasa menentukan sama ada pengampunan diberikan kepada seseorang yang telah disabitkan bersalah oleh mahkamah.

“Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan meletakkan kuasa pengampunan pada Yang di-Pertuan Agong melalui proses Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh baginda. Adakah anda sedang mempertikaikan kuasa pengampunan Agong?

“Kita boleh berbeza pendapat dan pandangan tentang keputusan ini. Tetapi jangan sampai fakta Perlembagaan pun kita pusing semata-mata kerana politik,” katanya menerusi video dimuat naik di media sosial.

Beliau berkata, pengampunan Najib adalah bersyarat dan beliau akan menjalani baki hukumannya sebagai tahanan di rumah ‘tertakluk kepada syarat yang ditetapkan’.

Beliau turut mengingatkan pengkritik keputusan itu agar tidak ‘memindahkan budi bicara Agong kepada perdana menteri, semata-mata untuk menyalahkan perdana menteri’.

Mengikut pengampunan bersyarat itu, Najib akan menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun berkait sabitan kes SRC International sebagai tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Jika Najib gagal membayar denda itu, dia perlu menjalani tambahan hukuman penjara selama setahun.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.