Menyelami dunia politik, diplomasi dan kepimpinan

Bagi Dalwyn Chow Yan Wei, pengalaman selama lima hari di Timor-Leste terasa seperti “mimpi yang indah dan luar biasa”.
Sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi (PPE) (Kepujian) Taylor’s University, Dalwyn dan rakan sekuliah berpeluang menyertai sesi dialog bersama Presiden José Ramos-Horta, menari bersama penduduk tempatan di Dili dan mempelajari pengalaman tokoh terkemuka dunia.
Antaranya ialah pemenang Hadiah Nobel dalam Sains Ekonomi Profesor James A. Robinson dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan Kailash Satyarthi yang hadir pada Science for Development Summit 2026.
Namun, antara pengalaman yang paling terpahat dalam ingatan Dalwyn adalah perbualannya dengan Cornelio, pengiring mereka dari Pejabat Presiden.
Cornelio menggalakkan para pelajar berinteraksi dengan masyarakat Timor-Leste dan mendalami budaya tempatan sepanjang lawatan itu.
“Beliau bukan sahaja menggalakkan saya berkomunikasi dengan tokoh-tokoh penting dan menyelami budaya mereka, malah turut memberi keyakinan apabila saya berasa segan,” kata Dalwyn.
Menyingkap perspektif serantau
Taylor’s University mempelopori program PPE pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menggabungkan pemikiran falsafah, kefahaman politik dan analisis ekonomi berlandaskan perspektif ASEAN serta piawaian global.
Pembelajaran dalam bilik kuliah turut dilengkapi pengalaman praktikal menerusi lawatan seperti ke Timor-Leste, latihan industri serta penglibatan strategik bersama kementerian, badan pemikir dan organisasi antarabangsa.

Bagi pelajar antarabangsa Seth Andrei Llarenas Cadongonan, pengajian PPE di Malaysia telah mengubah perspektifnya dalam memahami rantau ini.
“Pengajian PPE di Taylor’s membantu saya menghubungkan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dengan realiti kehidupan masyarakat di rantau ASEAN,” katanya.
“Kini, saya melihat isu politik global daripada perspektif yang lebih dekat dan menyeluruh, bukan lagi sebagai sesuatu yang bersifat abstrak.”
Peluang berinteraksi dengan pemimpin dan tokoh pemikir
Pendedahan kepada pemimpin dan tokoh antarabangsa bukan sahaja berlaku dalam lawatan ke luar negara, malah turut dibawa ke kampus.
Olivia Pearl, pelajar Tahun Satu, berpeluang berinteraksi secara langsung dengan Presiden Republik Demokratik Timor-Leste dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan José Ramos-Horta dalam satu sesi dialog di Taylor’s Lakeside Campus.

Sesi itu antara tiga kunjungan Presiden Ramos-Horta ke universiti berkenaan sebagai profesor adjung kehormat.
“Dalam tempoh tiga bulan, saya berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan pelbagai individu,” kata Olivia.
“Pada pandangan saya, ini adalah satu kemahiran praktikal yang telah diterapkan oleh program PPE sejak awal lagi.”
Cara berfikir yang berbeza
Selain peluang bertemu pemimpin dunia, Dalwyn, yang juga penerima biasiswa, berkata program itu mengubah pendekatannya dan menangani sesuatu masalah.
“Ketika mula mengikuti program PPE, saya cenderung untuk mencari jawapan yang tepat apabila berdepan sesuatu masalah,” katanya.
“Kini, saya lebih terbuka untuk menganalisis dan mempersoalkan andaian di sebalik sesuatu masalah sebelum cuba menyelesaikannya.”
Perbincangan mengenai falsafah dan politik, daripada etika Kantian hingga utilitarianisme, turut memperdalam pemahamannya tentang bagaimana pemimpin berdepan keputusan sukar.
Pengalaman itu juga membantu membentuk aspirasinya untuk menyumbang kepada masa depan Malaysia.
Graduan program PPE boleh menceburi pelbagai bidang kerjaya termasuk perundingan, kewangan, badan pemikir, penyelidikan, hal ehwal awam dan perkhidmatan awam.
Biasiswa khusus PPE turut menawarkan pembiayaan sehingga 100% bagi yuran pengajian.
Ketahui lebih lanjut mengenai program Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi (Kepujian) Taylor’s University di sini.
Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.