PunchBritish tennis star receives death threats after defeatThe Jerusalem Post'Turn that inshallah into alhamdulillah': Democrat El-Sayed wins Michigan US Senate raceDaily MaverickUS MIDTERMS: Democrats capture Congress in sweeping setback for TrumpInquirerJunk shop workers find suspected explosive in Sultan KudaratSky TG24Attacco hacker ai supermercati in Europa, quali Paesi sono stati colpiti e come è successoBollywood Hungama‘Baby Doll’ singer Kanika Kapoor announces separation from husband Gautam HathiramaniInquirer EntertainmentAhn Bo-hyun falls in love with a royal in new period drama ‘Sacred Jewel’CNN TürkNASA astronotları ABD ara seçimleri için uzayda oy kullandıZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioAntara NewsMinister orders impact assessment of Mount Semeru's volcanic mudflows01netQuand Starlink se prend pour Hadopi : cet abonné a reçu un avertissement pour avoir téléchargé une série sur un site pirateObservador DesportoQuatro casos de tuberculose em Câmara de Lobos na Madeira
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 4, 2026

Ahli Parlimen cadang rakyat wajib kibar Jalur Gemilang, pamer Rukun Negara

Translate

Kerajaan dicadang mewajibkan rakyat mengibarkan Jalur Gemilang mulai tahun depan sebagai tanda cinta dan kesetiaan kepada negara.

Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) berkata, langkah itu penting bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta meningkatkan rasa tanggungjawab rakyat terhadap Malaysia.

“Cadangan saya, tahun depan kita wajibkan seluruh rakyat dan masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kasih dan cinta kita terhadap negara yang kita cintai ini,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Rakyat.

Beliau turut mencadangkan lima prinsip Rukun Negara dipamerkan di setiap rumah, pejabat dan premis perniagaan supaya sentiasa diingati serta dihayati masyarakat.

Katanya, Rukun Negara bukan sekadar slogan, sebaliknya asas penting dalam membentuk masyarakat bersatu padu dan mempunyai jati diri kebangsaan.

Menurutnya, prinsip itu digubal pada 1970 susulan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang menjadi detik hitam dalam sejarah perpaduan negara.

“Lima prinsip ini perlu dibahaskan dan diberikan taklimat kepada masyarakat supaya rakyat benar-benar memahami maksud serta kepentingannya,” katanya.

Mengulas prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Sany berkata penghayatannya juga penting dalam membendung rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya, pegangan agama dan kepercayaan kepada tuhan sepatutnya menjadi benteng moral daripada perbuatan seperti mencuri, menyeleweng dan menyalahgunakan wang rakyat.

“Kita lihat apabila seseorang itu tidak percaya kepada kewujudan tuhan, dia boleh mentekedarah, mencuri, merompak, menyakau, menyeleweng dan menyapu duit rakyat.

“Kalau dia benar-benar percaya kepada Allah dan kewujudan tuhan, dia tidak akan berani mencuri atau menyakau duit rakyat,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.