ESPNMessi marks tearful Argentina farewell with goal: Wish I could play foreverInquirerPNP seizes P37.1M in smuggled cigarettes in MimaropaThe Jerusalem Post'The picture of manpower': IDF reports defense accomplishments three years into warPunchUS Army to execute Texas military base shooter by firing squadCNN Türk7 EKİM HAVA DURUMU TAHMİNLERİ: İl il hava durumu listesi! Meteoroloji'den toz taşınımı ve sağanak yağış uyarısı!RTP DesportoCarlos Padrão desdramatiza tensão entre Jesus e RonaldoUOLCalor extremo eleva risco de parto prematuro, mas gestantes estão fora de projetos de adaptação climáticaCNN بالعربيةدبي على خريطة الطهي العالمية.. أبرز ما جاء في دليل ميشلان 2026Wirtualna PolskaKto wygra w Krakowie? Gibała: Będzie na żyletkiIl Sole 24 OreVoto anticipato, nel centrodestra partita aperta ma il boccino è in mano a MeloniGMA NewsDOH monitoring reported 'plague' in Russia7sur7Mission accomplie pour Serge Pauwels et la Belgique? “Il y a dix ans, on aurait signé pour un tel bilan”
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 7, 2026

Badan pemikir gesa cukai rokok naik kepada 65 sen sebatang tahun depan

Translate

Sebuah badan pemikir kesihatan menggesa kerajaan menaikkan duti eksais rokok daripada 42 sen kepada 65 sen sebatang tahun depan, sebelum meningkatkannya setiap tahun sehingga mencapai 95 sen pada 2031.

Dalam nota taklimat dikeluarkan hari ini, Galen Centre for Health and Social Policy mencadangkan pelan kenaikan cukai selama lima tahun yang menurutnya berpotensi menjana tambahan hasil tahunan lebih RM2 bilion menjelang 2031.

Katanya, jadual kenaikan itu perlu diumumkan lebih awal dan diperuntukkan dalam undang-undang.

Mengikut pelan dicadangkan, duti eksais akan dinaikkan kepada 72 sen sebatang pada 2028, 80 sen pada 2029, 88 sen pada 2030 dan 95 sen pada 2031.

Kenaikan dicadangkan bagi 2027 pula akan menambah RM4.60 dalam duti bagi sekotak rokok mengandungi 20 batang.

Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre Azrul Khalib berkata kenaikan dua sen dalam Belanjawan 2026 adalah langkah penting, namun masih tidak mencukupi untuk mengimbangi kesan kenaikan harga, pendapatan dan kos penjagaan kesihatan sejak beberapa tahun lalu.

“Belanjawan 2027 tidak seharusnya sekali lagi hanya membawa kenaikan kecil. Tiada lagi kenaikan dua sen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Sebaliknya, Belanjawan 2027 perlu menjadi permulaan kepada pembaharuan cukai tembakau yang tersusun dan boleh dijangka, sekali gus memperkukuh komitmen ke arah generasi bebas nikotin, mengurangkan tabiat merokok dan memberi kerajaan kepastian lebih baik mengenai hasil pada masa depan.”

Cukai rokok tidak pernah dinaikkan sejak September 2014, apabila kadarnya meningkat daripada 28 sen kepada 40 sen sebatang.

Cukai tembakau di Malaysia ketika ini merangkumi 58.6% daripada harga runcit, lebih rendah berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak 75%.

Bagaimanapun, Galen Centre berkata kenaikan duti eksais perlu disertai penguatkuasaan lebih tegas terhadap rokok haram, dan kebimbangan mengenai pasaran gelap tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menangguhkan kenaikan cukai.

Badan pemikir itu turut menggesa kerjasama lebih erat antara kementerian kewangan dan kesihatan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia, termasuk memperketat kawalan sempadan dan rantaian bekalan, meningkatkan integriti setem cukai serta menjalankan pemantauan bebas terhadap perdagangan rokok haram.

Ia juga mencadangkan sebahagian daripada hasil tambahan cukai tembakau disalurkan kepada penguatkuasaan kawalan tembakau, perkhidmatan berhenti merokok dan rawatan penyakit tidak berjangkit.

Galen Centre menolak hujah bahawa cukai rokok lebih tinggi akan lebih membebankan perokok berpendapatan rendah, dengan berkata golongan itu secara umumnya lebih sensitif terhadap kenaikan harga.

“Cukai tembakau lebih tinggi boleh mengurangkan penggunaan dan menggalakkan perokok berhenti, terutama mereka yang sensitif terhadap harga,” katanya sambil menambah langkah itu perlu disertai sokongan berhenti merokok pada kos mampu milik.

Galen Centre turut menggesa penilaian bebas terhadap pasaran rokok haram dilakukan setiap tahun, selain penyediaan data lebih konsisten mengenai penggunaan tembakau, usaha berhenti merokok dan hasil cukai.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.