The Jerusalem PostWith just six days until Israel's elections, IDF steps up Gaza ops., prepares for Hamas attacksESPNTransfer rumors, news: Manchester United keen on Palace duoRTP DesportoFC Porto volta a perder na Champions, treinador recusa criseESPN DeportesClaves de la derrota de Barcelona vs PSG en la ChampionsPunchLa Liga: PSG defeat will not affect El Clásico – RaphinhaInquirerRosal to bring heavy rains, strong winds to Luzon despite no landfallCNN TürkGözler Merkez'de! Kritik karar yarın açıklanacak한겨레초광역특구법 짚어보니…‘SK 맞춤형’ 지주회사 특례 담겼다ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioUOLEstudo mostra que distância entre ciclistas e carros fica abaixo do recomendado em São PauloSky TG24Nobody Wants This, arriva la terza stagione. Dov’eravamo rimasti e cosa sappiamoSCMP ChinaChina-US team’s ‘gold factory’ relic; next-gen diabetes care: 7 science highlights
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 21, 2026

Tan Sri didakwa tipu ahli perniagaan RM5.5 juta, SGD1.5 juta

Translate

Ahli perniagaan Tan Kean Soon mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan sebanyak RM5.5 juta dan SGD1.5 juta dengan mendakwa wang itu akan digunakan untuk menyelesaikan siasatan pengubahan wang haram.

Bekas timbalan pengerusi eksekutif T7 Global Bhd yang bergelar Tan Sri itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azrul Darus di sini hari ini.

Tan, 62, didakwa menipu Keh Chuan Seng dalam empat kejadian berasingan dengan mendakwa beliau boleh membantu menyelesaikan pembekuan akaun bank peribadi dan korporat milik Keh serta siasatan polis di bawah undang-undang antipengubahan wang haram.

Kesalahan itu didakwa melibatkan wang tunai berjumlah RM5.5 juta dan SGD1.5 juta, yang kononnya mendorong Keh menyerahkan wang berkenaan menerusi seorang orang tengah bernama Chiau Beng Teik.

Kesalahan itu didakwa berlaku antara 23 hingga 25 Mac tahun lalu.

Keempat-empat pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda bagi setiap kesalahan jika sabit kesalahan.

Azrul membenarkan Tan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin dan memerintahkannya menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Mahkamah menetapkan 11 Jan tahun depan untuk pengurusan kes.

Timbalan Pendakwa Raya Norfauzani Nordin dan Noor Zalizan Lazarous hadir bagi pihak pendakwaan manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik mewakili Tan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.