PunchObi: I’ll spend holidays in Zamfara, Borno if electedESPN Deportes¿Por qué se celebra el Gran Premio de Bahréin de F1 en Malasia?InquirerTrillanes off witness list in VP trial, cites ‘pressure’ on teamESPNBrowns best Steelers on TNF to take lead in AFC NorthNumeramaVous pouvez « détruire » n’importe quel site web grâce à ce petit bonhommeDaily MaverickEritrea severs diplomatic ties with Ethiopia after Addis Ababa orders closure of embassy in AsmaraSeeking AlphaUS trade deal with India not ‘imminent’ despite ‘constructive’ Modi-Trump call, says USTR Greer한겨레한국 테니스 12년 만의 금메달 도전 무산…남지성-박의성, 남자 복식 ‘은’CNN TürkALTIN FİYATLARI 2 EKİM 2026 CANLI: Bugün Gram, Çeyrek, Cumhuriyet Ne Kadar? Kapalıçarşı Altın Fiyatları Ne Durumda?SözcüAKP’li isimden eski SPK başkanına sert sözler: "Bunu bir güzel döveceksin"Daily MailGrieving Gypsy-Rose Blanchard speaks out after ex fiance's sudden death as she claims he was 'relentlessly cyberbullied' before passing and makes vow to their daughterCNN بالعربيةسوريا ترد على تدوينة عن إجراء محادثات مباشرة مع حزب الله في تركيا
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 2, 2026

Houthi serang stesen jana kuasa bekal elektrik kepada Masjid Nabawi

Translate

Pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman menyalahkan kumpulan Houthi atas serangan dron pada awal minggu ini ke atas sebuah stesen pengagihan tenaga elektrik di bandar Madinah, Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap pakatan itu, Turki al-Maliki, berkata serangan berkenaan menyasarkan stesen pengagihan tenaga elektrik Taibah pada 5.11 pagi waktu tempatan, Selasa.

Al-Maliki berkata, semakan operasi dan pemeriksaan terhadap serpihan dron itu mengesahkan penglibatan Houthi merancang dan melaksanakan tindakan disifatkan sebagai ‘tindakan pengganas yang pengecut’.

Serangan itu menyebabkan satu transformer tidak dapat beroperasi, namun tidak menjejaskan grid elektrik, katanya.

Al-Maliki berkata, kemudahan berkenaan membekalkan elektrik kepada Masjid Nabawi di Madinah.

Beliau menuduh Houthi sengaja menyasarkan infrastruktur awam dan cuba mencetuskan provokasi terhadap umat Islam dengan menyasarkan kota suci Makkah dan Madinah.

Al-Maliki berkata, pakatan itu akan terus mengambil langkah bagi menghalang serangan Houthi serta melindungi dua masjid suci dan pengunjung ke Makkah dan Madinah.

Houthi menafikan penglibatan mereka dalam serangan itu.

Menurut Anadolu, sumber tentera di Kementerian Pertahanan yang dikendalikan Houthi memberitahu agensi berita Saba yang bersekutu dengan kumpulan itu bahawa tuduhan Arab Saudi bahawa kumpulan berkenaan menyasarkan sebuah stesen janakuasa di Madinah adalah ‘tidak berasas’.

Tuduhan terbaharu itu dibuat ketika berlaku beberapa siri serangan peluru berpandu dan dron ke atas Arab Saudi yang dikaitkan dengan Houthi.

Pada 16 Sept, Arab Saudi memaklumkan sistem pertahanan udaranya memintas dan memusnahkan sebuah dron Houthi di selatan Makkah sebelum dron itu memasuki ruang udara larangan kota suci berkenaan, tuduhan yang turut dinafikan kumpulan itu.

Bagaimanapun, Houthi mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa serangan lain di Arab Saudi baru-baru ini, termasuk serangan yang menyasarkan kemudahan Saudi Aramco dan lokasi ketenteraan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.

Houthi serang stesen jana kuasa bekal elektrik kepada Masjid Nabawi — KioskNews