ESPN DeportesOverreactions Semana 3: La ofensiva es responsable de la derrota de Cowboys ante RavensInquirerPiston prefers tax-free oil products to P1 fare hikeESPNSchlittler, Rice star as Yankees blank Red Sox in Game 1Daily MaverickMexico’s National Guard debuts tiny Chihuahua recruitThe Jerusalem PostCanadian Jews considering immigration to US under Trump amid increasing fear of antisemitismUOLVínculos com Lula, Flávio Bolsonaro e Cláudio Castro marcam debate entre candidatos no RJХабрGreenplum как расширение PostgreSQL 19SCMP ChinaSlow is beautiful: China launches war against AI drama, goes beyond algorithmsBusiness AMBusiness AM Sudoku’s 30-09-2026La Tercera“El Estado se habría quedado con un solo proveedor”: FNE explica por qué no pidió excluir de contratos públicos a empresas acusadas de colusión por vales de alimentaciónColliderThe 10 Best Stephen King Audiobooks, RankedLenta.ruВ России указали на препятствия Евросоюза на пути к мирным переговорам
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 30, 2026

Urus risiko keselamatan supaya konsert Houghton berlangsung aman, kata Salleh

Translate

Kebimbangan keselamatan berhubung konsert penyanyi gospel Israel Houghton di Kota Kinabalu perlu diurus menerusi langkah sewajarnya supaya acara itu dapat berlangsung secara aman, kata Salleh Said Keruak.

Bekas ketua menteri Sabah itu berkata kebimbangan dibangkitkan Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun perlu dipandang serius kerana pihak berkuasa itu berada pada kedudukan terbaik untuk menilai risiko terhadap ketenteraman awam dan mencadangkan langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, kebimbangan mengenai aspek keselamatan tidak seharusnya secara automatik menyebabkan cadangan konsert itu tidak dapat diteruskan.

“Persoalan utama ialah sama ada kebimbangan itu boleh ditangani melalui langkah dan kawalan keselamatan yang sewajarnya,” katanya di Facebook.

Salleh berkata semua faktor berkaitan perlu dipertimbangkan sebelum keputusan akhir dibuat berhubung penganjuran konsert berkenaan.

Ujarnya, Houghton mempunyai pengikut dalam kalangan masyarakat Kristian termasuk di Sabah.

“Sabah sejak sekian lama dikenali dengan sikap toleransi beragama serta kehidupan harmoni dalam kalangan masyarakatnya yang berbilang latar belakang. Tradisi ini wajar terus dipelihara.

“Jika kebimbangan keselamatan itu boleh ditangani dengan sewajarnya, tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha memastikan konsert berkenaan berlangsung secara bertanggungjawab dan aman, bukannya terus menghalangnya daripada diadakan,” katanya.

Ahad lalu, polis Sabah berkata pihaknya akan menasihati kerajaan negeri supaya penganjuran konsert Houghton ditangguhkan buat masa ini sekiranya permohonan rasmi berkaitan acara itu dikemukakan.

Jauteh berkata pendirian itu mengambil kira reaksi orang ramai dan sensitiviti masyarakat, selain dua laporan polis diterima berhubung acara berkenaan.

Beliau turut berkata kerajaan negeri masih belum menerima permohonan rasmi daripada penganjur walaupun konsert itu sudah dipromosikan dengan maklumat mengenai tarikh, lokasi dan harga tiket.

Konsert itu dilaporkan dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 25 Okt di beberapa lokasi di Kota Kinabalu sebagai sebahagian daripada jelajah antarabangsa Houghton.

Beliau adalah seorang penyanyi, penulis lagu serta pemuzik gospel dan Kristian kontemporari dari Amerika Syarikat yang turut dikenali menerusi kumpulan Israel & New Breed.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.