The Jerusalem PostIDF opens haredi winter recruitment as coalition talks tackle conscription한겨레‘야구장 스카이박스 사유화’ 의혹 이장우 전 대전시장, 선거법 위반 혐의 송치InquirerPCG: Over 23,000 passengers at ports by All Souls’ Day midnightZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioDaily MailShabana Mahmood poised to massively cut back immigration crackdown in wake of demands from Labour's Left-wingThe Japan TimesHonma, astronomer behind black hole image, named for autumn honorNew Straits TimesMelaka polls: BN targets 15,000 flags in Tangga Batu as campaign gathers paceEl ComercioLa Tinka EN VIVO domingo 1 de noviembre: sigue aquí la transmisión del sorteoScreen RantNew Treasure Island Adaptation Reinvents Two Major Characters From The 143-Year-Old Novel時事通信列車事故、邦人1人死亡確認 もう1人も特定急ぐ―スペイン当局PunchTroops hunt Plateau gunmen after soldier’s killingDeadlineMarty Erlichman Dies: Barbra Streisand’s Longtime Manager Was 97
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 2, 2026

Pakatan baharu ubah landskap PRN Melaka

Translate

Pembentukan pakatan politik baharu pada PRN Melaka mengubah landskap persaingan sehingga keputusan tipis lima tahun lalu tidak lagi sesuai dijadikan ukuran utama untuk menjangka keputusan kali ini.

Pada PRN 2021, sebanyak 13 kerusi, kebanyakannya kawasan majoriti Melayu, dimenangi dengan majoriti kurang 1,000 undi ketika Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bertembung di semua 28 DUN.

Hisomuddin Bakar

Hisomuddin Bakar.

Namun, Hisomuddin Bakar daripada Ilham Centre berkata keadaan kali ini berbeza walaupun PRN 14 Nov menyaksikan 17 pertandingan pelbagai penjuru.

Katanya, kerjasama BN dan PN berpotensi menyatukan sebahagian besar undi Melayu yang sebelum ini berpecah antara kedua-dua gabungan, sekali gus memberi kelebihan kepada pakatan itu termasuk di kerusi campuran.

Selain itu, kebanyakan pertandingan pelbagai penjuru kali ini membabitkan Bersama, parti serpihan PKR yang ditubuhkan tahun ini.

“Kerjasama BN-PN memberi kelebihan dari segi struktur di 21 kerusi yang dimenangi BN pada 2021. Penyatuan dua kekuatan politik yang sebelum ini bersaing boleh membawa kepada penggabungan undi Melayu secara lebih tersusun.

“Keputusan PRN Melaka 2021, khususnya di kerusi yang dimenangi dengan majoriti tipis, tidak lagi boleh dijadikan ukuran mutlak untuk menilai persaingan kali ini,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Hisomuddin berkata kerjasama BN-PN tidak semestinya menjamin pemindahan undi antara penyokong semua parti komponennya, khususnya kepada Wawasan yang dianggotai ramai bekas pemimpin Umno.

Antara pemimpin Wawasan ialah Hamzah Zainudin, Mas Ermieyati Samsudin, Ronald Kiandee dan Abdul Rahim Thamby Chik.

Menurutnya, tindakan beberapa pemimpin itu meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu selepas BN kehilangan kuasa pada 2018 masih menjadi isu dalam kalangan akar umbi Umno dan mungkin menyebabkan sebahagian mereka sukar menerima calon Wawasan.

“Persetujuan di peringkat kepimpinan tidak semestinya bermakna undi penyokong dapat dipindahkan dengan lancar,” katanya.

Wawasan bertanding di Bemban, kerusi campuran yang dimenangi Bersatu pada 2021, selain kubu kuat DAP di Kesidang.

BN bertanding di 23 kerusi manakala PN di lima kerusi menerusi kerjasama mereka pada PRN kali ini.

PH pula meletakkan 24 calon dan membentuk kerjasama dengan Bersatu, yang bertanding di tujuh kerusi, dengan kedua-duanya bertembung di tiga kawasan.

Dua perubahan besar

Hisomuddin berkata, terdapat dua lagi perubahan penting berbanding PRN 2021, iaitu jumlah pengundi Melaka meningkat daripada 495,195 kepada 687,697 orang dan negara kini sudah pulih daripada pandemik Covid-19 yang antara faktor menyebabkan peratusan keluar mengundi rendah ketika itu.

PRN 2021 juga berlangsung hanya kira-kira sebulan sebelum umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik dilaksanakan.

Menurutnya, pengundi muda akan menjadi kelompok penting bagi semua parti kerana mereka lebih dinamik, sukar dijangka dan tidak mempunyai kesetiaan politik sekuat pengundi tradisional.

“Sokongan mereka banyak dipengaruhi trend semasa, pandangan terhadap calon, isu yang dekat dengan kehidupan mereka serta keberkesanan komunikasi kempen.

“Justeru, mana-mana parti masih mempunyai peluang mencipta kejutan jika mengetengahkan calon sesuai, membawa mesej kempen yang menarik dan menggunakan pendekatan yang benar-benar memahami aspirasi pengundi muda,” katanya.

Lebih ramai pencabar di kerusi marginal

mazlan ali

Mazlan Ali.

Sementara itu, Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata banyak pertandingan pelbagai penjuru kali ini berlaku di kerusi yang mencatat keputusan tipis pada 2021, menyebabkan pecahan undi menjadi faktor penting.

Katanya, parti yang mempunyai rekod prestasi kurang baik berisiko tewas, manakala pakatan politik baharu juga boleh menjejaskan penyandang walaupun mempunyai rekod perkhidmatan, khususnya di kerusi bukan milik BN.

“Kerusi seperti ini mempunyai ramai pengundi belum membuat keputusan. Ada yang mungkin hanya menentukan pilihan pada saat akhir bergantung kepada isu semasa, mesej politik atau sentimen orang ramai,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.