ESPN DeportesFC Juárez vs América: alineaciones y probabilidadesThe Jerusalem PostOil tankers going dark to evade Iranian attacks raises major oil spill risk in Gulf - reportוואלהתוניס: לפחות 13 נעדרים לאחר התהפכות סירת מהגרים בחופי המדינהInquirer EntertainmentCatriona Gray sorry over canceled Miss Universe India 2026 finals appearanceInquirerDENR suspends Mt. Pico de Loro hikes for cleanup, rehabilitationThe Sydney Morning HeraldFrustrated Sergio Garcia breaks club in Masters firstBBC NewsRussian strikes on Ukraine kill two, officials say, a day after deadly attack on mallThe Indian ExpressInside Sabyasachi’s ‘museum of memories’ in Delhi: 120 chandeliers, 300 paintings and a love of the pastEl ComercioEl nuevo Congreso bicameral alcanzó un nuevo récord de mujeres, pero el Senado aún está lejos de la paridadMalay MailTrump to put pedal to the metal at IndyCar race for America’s 250th anniversary weekendLa NaciónPresidente e influencer: un informe revela que las empresas pagan hasta US$100.000 por acceso VIP a los mensajes de TrumpScreen RantABC Is Benching Its Biggest Drama Until 2027 And Losing A Series Regular
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, August 22, 2026

Sistem semakan badminton AI Malaysia buat penampilan antarabangsa

Translate

Teknologi semakan badminton dikuasakan kecerdasan buatan (AI) buatan Malaysia, Reveal Lens, membuat penampilan sulung pada peringkat antarabangsa Ketika Kejohanan Cabaran Antarabangsa Singapura 2026, sekali gus menandakan penggunaan pertamanya di luar Malaysia.

Dibangunkan Revealtek Sdn Bhd, Sistem Semakan Segera (IRS) dikuasakan AI pertama di dunia yang diluluskan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu digunakan pada kejohanan yang berlangsung dari 18 hingga 23 Ogos bagi menyediakan semakan video pantas terhadap keputusan garisan yang dipertikaikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Revealtek Nizam Mohamed berkata, teknologi itu menyerlahkan potensi teknologi sukan tempatan Malaysia yang semakin berkembang dalam memanfaatkan AI bagi meningkatkan mutu pengadilan dan semakan perlawanan badminton.

“Ia lebih kurang seperti Video Bantuan Pengadil (VAR) yang digunakan dalam bola sepak dan tenis,” katanya.

“Ia hampir sama, tetapi teknologi ini melangkah lebih jauh dengan membuat keputusan berdasarkan beberapa pengiraan, berbanding hanya memaparkan tayangan semula video.”

Beliau berkata, Reveal Lens menggunakan sistem tanpa wayar yang boleh dipasang dalam tempoh dua jam, berbeza dengan sistem lebih kompleks yang memerlukan infrastruktur yang banyak serta proses penentukuran yang mengambil masa panjang.

Susulan kejayaan penggunaannya dalam beberapa kejohanan tempatan, Revealtek menerima minat daripada penganjur dan persatuan badminton di Vietnam serta Indonesia dalam usaha memperluas penggunaan teknologi itu di peringkat serantau.

“Kami juga sedang berbincang dengan konfederasi benua. Apa yang kami cuba lakukan adalah menjadikan teknologi ini sebagai satu standard yang boleh diperakui mereka supaya semua persatuan anggota boleh menggunakannya sebagai amalan standard,” katanya.

Nizam berkata, Revealtek turut membangunkan modul analitik dan sistem pengadilan garisan yang berfungsi sepenuhnya serta mampu melaksanakan tugas utama hakim garisan semasa perlawanan badminton.

“Kami akan mengadakan demonstrasi pada kejohanan akan datang di Australia pada Oktober,” katanya.

Sementara itu, Nizam berkata, syarikat itu mahu memperluas penggunaan AI dan penyelesaian lain yang dibangunkan secara tempatan dalam industri sukan secara lebih menyeluruh, selain terus menyumbang kepada ekosistem teknologi sukan Malaysia.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.