CNN TürkDEPREM SON DAKİKA 27 EYLÜL! Bugün deprem mi oldu, nerede, kaç şiddetinde? 27 Eylül 2026 AFAD ve Kandilli Rasathanesi son depremler listesiDaily MaverickNEED FOR SPEED: South African teen has Formula 1 seat in her sightsPunchWhy Edo-Kogi boundary dispute remains unresolved — Commission bossInquirerTyphoon Queenie may exit PAR Sunday – PagasaThe Jerusalem PostYair Golan says he is working to ensure 'appropriate representation' for Arabs in next gov'tBollywood HungamaRamayana makers drop new poster featuring Ranbir Kapoor, Sai Pallavi and Ravie Dubey after a special event with MrBeastESPNProjecting the CFP top 12 after Week 4: Gators claw into contention한겨레[뉴스AS] 연소득 1억 부부도?…‘보편형 공공임대’ 중산층 범위 논쟁Complete Sports2027 AFCONQ: Super Eagles Must Forget Madagascar Win, Prepare For ‘Tougher’ Guinea-Bissau Clash – IrohaCapital FMKAF turns to technology, local solutions to strengthen military logisticsUOLPesquisas apontam vitória de Lula em 11 estados; Flávio leva em 8 e no DFSözcüNeredeyse kimsenin yaşamadığı ada turistlerin gözdesi oldu: Her gün turist akınına uğruyor
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 27, 2026

Zahid minta MB hadap Tuanku Muhriz, undang selesai kemelut

Translate

Pengerusi Barisan Nasional, Zahid Hamidi meminta Menteri Besar, Ismail Lasim menghadap Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Undang Yang Empat untuk mencari penyelesaian terhadap kemelut pentadbiran Negeri Sembilan.

Beliau turut meminta Ismail menghadap Tunku Besar Tampin, Datuk Shahbandar dan hierarki adat lain bagi mencari menyelesaikan kemelut itu dengan mengambil kira Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS), adat serta peraturan.

“Yang penting, rakyat mesti diberikan keutamaan. Masalah mereka mesti ditangani dan disantuni dan apa yang sedang berlaku dan telah berlaku, kita cari jalan penyelesaian baik di peringkat negeri.

“Tentunya kita tidak mahu keadaan semakin keruh dan rakyat dimangsakan dengan situasi ini,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-18 Parti Makkal Sakti di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Timbalan perdana menteri itu berkata, keutamaan ketika ini ialah memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara dan pentadbiran negeri berjalan lancar selepas pemecatan 10 exco.

Menurutnya, beliau akan menemui 25 Adun BN dan Perikatan Nasional di ibu pejabat Umno malam ini bagi membincangkan pilihan untuk menyelesaikan kemelut itu.

“Keseluruhan 25 Adun yang ada, yang telah membentuk lebih tiga perempat kerajaan di Negeri Sembilan ini…dua pertiga daripada mandat yang telah diberikan ini mesti terus diberikan keutamaan dan penyelesaiannya akan datang daripada mereka.

“Saya mahu dengar apakah pilihan terbaik bagi kita menyelesaikan masalah sedang melanda Negeri Sembilan,” katanya sambil menegaskan beliau tidak berniat campur tangan urusan pentadbiran negeri, sebaliknya mahu menyelaras perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

Beliau turut menolak cadangan darurat diisytiharkan di Negeri Sembilan susulan kemelut berkenaan.

“Saya tidak fikir ia harus menuju ke arah itu sebab tidak ada sebarang kekecohan dari segi keamanan di Negeri Sembilan dan tak perlu pun perkara itu difikirkan. Tentu ada pilihan lebih baik selain mengisytiharkan darurat dan menubuhkan Emergency Council di Negeri Sembilan.”

Sementara itu, Zahid menafikan dakwaan 10 bekas exco Negeri Sembilan telah dipanggil Bukit Aman, sebaliknya memaklumkan mereka bersedia memberikan keterangan, jika diperlukan.

“Perkara itu tidak benar dan tidak ada keperluan untuk dipanggil. Tetapi, kalau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu mendapat keterangan, tentunya exco atau mantan exco tidak ada masalah memberi keterangan di Seremban atau mana-mana tempat di Negeri Sembilan.”

PRN Melaka: BN terbuka bincang keperluan PAS guna logo BN

Zahid berkata, BN akan berbincang dengan pihak berkaitan, termasuk keperluan PAS menggunakan logo BN pada PRN Melaka susulan penggantungan PN oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

“Pada minggu ini, kita akan ada perbincangan dengan beberapa pihak, dengan parti gabungan mana, dengan parti mana kita akan bertanding.

“Kita menghormati keputusan yang akan dibuat oleh mereka. Logo dan lambang apa yang akan mereka gunakan, itu terserah kepada mereka.”

Dalam perkembangan lain, Zahid berkata, tabung membantu Najib Razak mencecah RM9.25 juta setakat 10 pagi tadi, jauh daripada sasaran denda RM50 juta yang perlu dibayar untuk membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.