The Jerusalem PostBondi Beach attack hero Al-Ahmed receives Australia's highest bravery awardPunchThree die in C’River festival feud한겨레보건의료인 국가시험장서도 ‘전자기기 미제출’ 3건 적발Inquirer EntertainmentZanjoe Marudo almost became an OFW before joining ‘PBB’InquirerBohol bishops call for political renewal, warn against dynastiesRai NewsNoemi Bocchi e il regalo di Totti: "Un anello importante, ma nessuna proposta di matrimonio"Lenta.ruНа Украине упрекнули Прибалтику за попытки «дергать русского медведя за усы»La NaciónInstituto vs. River, por los cuartos de final del torneo Clausura, EN VIVO경향신문평창군 12월18일부터 공항버스 장평버스터미널 경유Screen RantCharlie Cox Addresses Potential Daredevil Recasting & MCU ExitABC News (Australia)One Nation support surges in Victoria, as the state turns conservative東洋経済オンライン【深刻バトル】オープンAIvs.アップル、機密情報の不正利用や雇用慣行を巡って訴訟合戦 | 政治・経済・投資 | 東洋経済オンライン
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 29, 2026

You are reading Free Malaysia Today on KioskNews: newspapers from many countries on one stand, each linked to its original. What other papers report

Bukan soal jumlah exco, pentadbiran N Sembilan perlu dipulih segera

Translate

Kerajaan Negeri Sembilan perlu mengutamakan pemulihan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terus menanggung kesan kemelut politik, walaupun hanya enam exco dilantik berbanding 10 sebelum ini, kata penganalisis.

Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, jumlah exco bukan isu utama ketika ini, sebaliknya komitmen mereka untuk memberikan taat setia kepada Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, serta bekerjasama bawah kepimpinan Menteri Besar, Ismail Lasim.

Katanya, pengurangan jumlah exco tidak semestinya menjejaskan kestabilan kerajaan negeri kerana keutamaan ketika ini ialah memastikan pentadbiran kembali berfungsi supaya rakyat tidak terus terkesan akibat kemelut politik.

“Pengurangan daripada 10 kepada enam exco tak semestinya menjejaskan kestabilan kerajaan negeri.

Syaza Shukri.

Syaza Shukri.

“Apa yang penting sekarang untuk pulihkan fungsi pentadbiran kerajaan negeri supaya rakyat tak terus terkesan akibat kemelut politik,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas pelantikan enam exco baharu Negeri Sembilan pada 27 Nov lalu, terdiri empat Adun Barisan Nasional (BN) dan dua Perikatan Nasional (PN).

Adun BN ialah Zaidy Abdul Kadir (Jeram Padang), Qayyum Abd Jalil (Senaling), Suhaimi Aini (Kota) daripada Umno dan Koh Kim Swee (Repah) daripada MCA.

Dua wakil PN pula ialah Adun Gemas Ridzuan Ahmad daripada Wawasan dan Fatah Zakaria (Bagan Pinang) daripada PAS.

Negeri Sembilan tidak mempunyai exco sejak 20 Sept lalu apabila semua 10 exco dilucutkan jawatan kerana didakwa melanggar sumpah jawatan dengan menyokong deklarasi memohon penyingkiran Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.

Sementara itu, Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata kekurangan jumlah exco bukan penghalang kepada kelancaran pentadbiran kerana portfolio yang tidak diisi boleh diagihkan kepada exco sedia ada.

Azmi Hassan

Azmi Hassan.

“Sama ada enam atau 10 exco, ia tidak merencatkan pentadbiran negeri kerana mungkin seorang exco boleh mengambil dua portfolio atau portfolio itu diserapkan ke dalam portfolio lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Azmi berkata gabungan Umno dan PN mempunyai pilihan terhad dalam mencadangkan calon exco baharu, selain perlu mengambil kira kuota masing-masing.

Katanya, kerajaan negeri kini perlu memberi tumpuan kepada penyediaan Belanjawan Negeri Sembilan serta melaksanakan dasar dijanjikan ketika kempen PRN kira-kira tiga bulan lalu.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.