The Jerusalem PostBondi Beach attack hero Al-Ahmed receives Australia's highest bravery awardPunchThree die in C’River festival feud한겨레[단독] 삼성 휴머노이드, 내년 하반기부터 공장 투입…두뇌는 엔비디아 칩CNN Türkİran ordusu: Hürmüz Boğazı'nda bir petrol tankeri mayına çarparak alev aldı매일경제“법사위, 상원처럼 군림” vs “밀린 법안 없어…허위사실 유포 말라”CBS NewsMacy's Thanksgiving Day Parade brings out crowds after being postponedNew Straits TimesRinggit seen remaining soft against US dollar next weekDaily MailStrictly's Katya Jones fumes at John Nellis over his outfit choice while Lacey Turner FLEES the floor mid-dance as fans hail Instant Dance segment 'Total chaos!'InfobaeAmérica vs Rayados EN VIVO: sigue el minuto a minuto del partido de vuelta de los 4tos de Final自由時報江啟臣展開謝票 強調敗選原因會檢討補強Hindustan Times SportPunjab FC’s Raphael Messi Bouli Interview: The name is Messi, but the badge comes firstLa TerceraRepasa el minuto a minuto del empate entre Colo Colo y Deportes La Serena en el Monumental
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 29, 2026

You are reading Free Malaysia Today on KioskNews: newspapers from many countries on one stand, each linked to its original. What other papers report

Lelaki Nepal panjat rangka cermin bangunan KLIA alami masalah mental

Translate

Seorang lelaki warga asing yang mengganggu ketenteraman orang awam serta memanjat rangka cermin di bangunan satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam dipercayai mempunyai masalah mental.

Dalam kejadian 4.56 petang, warganegara Nepal berusia 50 tahun yang memakai seluar pendek telah membuat kekecohan, dan mengganggu orang awam ketika berada di kawasan gate G6 pelepasan antarabangsa serta bertindak memanjat rangka cermin.

Ketua Polis KLIA, M Ravi, berkata pihak kawalan keselamatan terminal bertindak menenangkan suspek dan membawanya ke Balai Polis Terminal 1 untuk tindakan selanjutnya.

“Hasil siasatan mendapati suspek dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke Nepal pada 6 petang hari kejadian.

“Menurut saksi yang juga rakan suspek, lelaki itu mengalami masalah mental sejak beberapa bulan lepas dan enggan menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Kajang dan ditempatkan di Wad Psikiatrik untuk rawatan lanjut.

“Pihak kedutaan Nepal juga telah dimaklumkan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Ravi menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu bagi mengelakkan sebarang berita tidak benar, yang boleh menyebabkan berlakunya kegusaran di tempat awam khususnya semasa berada di Terminal KLIA 1 dan Terminal 2.

Sebelum ini, tular beberapa video memaparkan tindakan merbahaya lelaki berkenaan memanjat rangka cermin bangunan Satelit KLIA yang dimuat naik orang awam melalui media sosial.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.