The Jerusalem PostJerusalem Reform synagogue egged on Rosh Hashanah in second attack in a monthESPNNBA Future Power Rankings: We stacked the three-year outlooks for all 30 teamsESPN DeportesDJ Moore también quedó fuera del partidoInquirerQuezon priest urges DOE review of Atimonan coal plant project한겨레영국 국왕, 젠슨 황 등 AI 리더 만나…“더 늦기 전 통제권 지키자”Sözcü6 nüfus 7 ekmek ve gözyaşlarıSouth China Morning PostByteDance spin-off Anew Labs raises US$290m as AI drug developers enjoy fundraising boom경향신문호우 피해로 집 못 돌아간 거제·통영 이재민 107가구에 월세·체재비 지원한다Anime News NetworkAnimeJapan Opens Entry Submissions for 'New Creator Awards 2027' on October 1ESPN CricinfoLahore High Court dismisses Rizwan's petitionBillboard‘It Was Very Homemade’: Dave Stewart Went ‘Back to Front’ For His New AlbumEl ComercioUn campo de batalla: la gresca entre los jugadores de Cienciano y City Torque tras el 3-0 | VIDEO
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, September 18, 2026

Sabah, Sarawak bimbang diabaikan selepas orang Melayu bersatu, kata penganalisis

Translate

Pemimpin Sabah dan Sarawak secara umumnya tidak berminat dengan penyatuan politik Melayu di Semenanjung, menurut seorang penganalisis politik.

Pada masa sama, James Chin dari University of Tasmania berkata blok politik Melayu yang lebih kukuh boleh menyukarkan Sabah dan Sarawak mendapatkan konsesi daripada Putrajaya, khususnya perkara yang dijanjikan bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Malah, mereka tidak mahu penyatuan politik Melayu kerana jika orang Melayu menjadi terlalu kuat di Semenanjung, mereka berkemungkinan akan membuli Sabah dan Sarawak,” katanya kepada FMT.

“Sejarah menunjukkan kepada kita bahawa apabila orang Melayu bersatu bawah parti pemerintah, mereka cenderung mengabaikan apa yang dikehendaki oleh Sabah dan Sarawak.”

Bagi Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya, kebimbangan utama Sabah dan Sarawak ialah kestabilan politik di Semenanjung kerana ia memberi kesan langsung ke atas kestabilan kerajaan persekutuan.

Katanya, mereka juga bimbang sama ada Putrajaya dapat menghormati MA63, memperkukuh autonomi negeri, mempercepat pembangunan dan memenuhi komitmen yang telah dipersetujui.

“Apa yang lebih membimbangkan ialah jika perpecahan itu mengakibatkan ketidakstabilan kerajaan, perubahan dasar yang kerap dan kegagalan melaksanakan keputusan berkaitan kepentingan Sabah dan Sarawak,” kata Awang Azman.

Kedua-dua penganalisis itu mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Khaled Nordin, bahawa perpecahan Melayu boleh mengurangkan rasa yakin pemimpin Sabah dan Sarawak terhadap keupayaan pemimpin dari Malaysia Barat untuk menerajui pemerintahan negara.

Khaled berkata perpecahan boleh menyebabkan pemimpin Sabah dan Sarawak menyoal apakah masih mesti orang Malaysia Barat terus diberikan kelebihan dalam memandu negara.

Pada masa sama, Awang Azman berkata sokongan Sabah dan Sarawak menjadi penting dalam menentukan pihak yang mampu membentuk kerajaan persekutuan apabila berdepan kebuntuan politik.

“Jika tiada satu pun blok yang mampu memperoleh majoriti kukuh, sokongan parti-parti dari Malaysia Timur menjadi semakin penting,” katanya.

Bagaimanapun, Awang Azman berkata kuasa tawar-menawar yang lebih besar hanya akan bermakna jika ia disertai kestabilan kerajaan.

Ketidakstabilan yang berpanjangan sebaliknya boleh menjejaskan pembangunan, pelaburan dan pelaksanaan dasar di kedua-dua negeri itu, tambahnya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.