Punch44 injured in France train derailmentThe Jerusalem PostSyrian national indicted for aiding 2025 Berlin Holocaust Memorial stabbingESPN DeportesAtlante no encontró respuesta y Pachuca escapó con la goleadaESPNJeter reunites with 9/11 victim's daughter as Yanks pay tribute in ceremonyInquirerMatibag: Cayetano siblings back in PH Sept. 12-13한겨레알래스카 앞바다 뒤집힌 배에서 홀로 표류…15살 소년 사흘 만에 구조돼CNN TürkPutin'den Avrupa'ya Ukrayna uyarısı: Bu bizimle savaş anlamına gelecekSözcüFındık bahçesini söktü, servet kazandı: Kilosu 250 liradan kapış kapış satılıyorSky TG24Dov'era Trump l'11 settembre 2001? Le storie raccontate dal presidente e cosa non tornaHet Laatste NieuwsDepraetere haalt 179 miljoen euro uit elektriciteitsfactuur: “Dit systeem maken we eerlijker”Lenta.ruПутин озвучил цены российских энергоносителей для продажиSouth China Morning PostHong Kong to table cooling-off period bill for beauty, fitness deals by mid-2027
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 12, 2026

Kenal pasti ‘hotspot’ anjing liar elak kanak-kanak jadi mangsa, kata Suhakam

Translate

Pesuruhjaya Kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa pihak berkuasa tempatan mengenal pasti “hotspot” anjing berkeliaran yang kerap menjadi tumpuan kanak-kanak bagi mencegah serangan terhadap golongan itu.

Katanya, kawasan panas terbabit termasuk sekolah, taska dan tadika, taman permainan, projek perumahan rakyat dan kawasan perumahan pangsapuri, laluan berjalan kaki dan berbasikal ke sekolah, perhentian bas serta lokasi sering menerima aduan anjing liar atau agresif.

Mereka turut menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerajaan negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar menetapkan piawaian tindak balas lebih jelas serta berasaskan risiko.

Ia termasuk mengutamakan aduan kumpulan anjing atau anjing agresif di sekitar rumah, sekolah serta taman permainan, menetapkan prosedur operasi standard dan mekanisme tindakan susulan jelas serta memperkukuh pengumpulan data nasional mengenai serangan haiwan membabitkan kanak-kanak.

Kenyataan ini menyusul kes seorang kanak-kanak perempuan dua tahun cedera parah di bahagian kepala dan muka selepas didakwa diserang lima ekor anjing liar berhampiran rumah neneknya di Sungai Kelambu, Johor pada 5 Sept lalu.

Pesuruhjaya Kanak-kanak berkata, kejadian itu tidak patut dianggap kes terpencil kerana terdapat beberapa laporan kanak-kanak diserang atau digigit anjing berkeliaran atau liar sejak 2023.

Mereka turut merujuk kes seorang kanak-kanak lelaki hampir dilanggar kereta ketika dikejar seekor anjing di Sitiawan pada 2024.

“Kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup, bermain, berjalan dan pergi ke sekolah dalam persekitaran selamat daripada risiko boleh dijangka dan dicegah,” katanya sambil menambah kanak-kanak kecil amat terdedah disebabkan saiz fizikal dan keupayaan terhad untuk mempertahankan diri.

Mereke menegaskan kepentingan pendidikan keselamatan kepada kanak-kanak, ibu bapa, pihak sekolah dan pengendali pusat penjagaan kanak-kanak, termasuk panduan cara mengelakkan haiwan agresif dan mendapatkan rawatan perubatan segera selepas digigit.

Tetapi, katanya, pendidikan keselamatan sama sekali tidak boleh mengalihkan tanggungjawab mengurus risiko keselamatan awam yang diketahui daripada pihak berkuasa kepada kanak-kanak.

“Kanak-kanak kecil tidak seharusnya terpaksa mengelak daripada bermain di luar rumah, taman permainan atau ke sekolah hanya kerana wujud risiko boleh dijangka akibat anjing berkeliaran.

“Apabila bahaya kepada kanak-kanak diketahui dan boleh dicegah, kita tidak boleh menunggu sehingga berlaku satu lagi tragedi sebelum bertindak.

“Pengurusan anjing liar dan agresif yang berkesan bukan semata-mata isu pengurusan haiwan, apabila kanak-kanak terdedah kepada risiko boleh dijangka, ia merupakan isu keselamatan dan perlindungan kanak-kanak.”

Mereka berkata, penguatkuasaan perlu berperikemanusiaan dan mematuhi Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana perlindungan kanak-kanak serta kebajikan haiwan “boleh dan mesti dilaksanakan serentak”.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.