The Jerusalem PostCountdown until US midterm elections are over feels like waiting for war with Iran - editorialPunch10-year-old found wandering in Anambra, police seek parentsInquirerLacson cautions vs airing updates on Dela Rosa huntDaily MaverickTHE INTERVIEW: Life after weight-loss medication — what happens when the injections stop?한겨레공약점검단 담당하며 얻은 개인정보로 특정 후보 지지 문자…인천시 전직 공무원 공소청행Inquirer EntertainmentALV beauty queens and celebs get glamorous, creative for Halloween ballZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudioالنهارصباح "النهار": انتخابات الكونغرس وثلاثاء الحرب أو السلام مع إيران... "حزب الله" يعد للإسناد؟GIGAZINE男性はおしっこする時に立った方がいいのかそれとも座った方がいいのか?Business AMBusiness AM Sudoku’s 02-11-2026Antara NewsRasa Light Je: Spritzer Sparkling Invites Malaysians to Go Light on Themselves with a Positive Approach to Everyday WellbeingVanguardGully erosion destroys 30 houses, cuts off Edo communities
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 2, 2026

Syarikat bayar gaji graduan TVET sama seperti pekerja asing, kata Johari

Translate

Sesetengah syarikat membayar gaji graduan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) tempatan pada kadar sama seperti pekerja asing, sekali gus menjejaskan usaha menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menceburi pekerjaan yang kini dilakukan pekerja migran, kata Johari Ghani.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu berkata, sesetengah syarikat turut menempatkan pekerja tempatan di penginapan yang dikhaskan untuk pekerja asing, menyebabkan graduan berkenaan terpaksa membayar sewa untuk tinggal di luar kawasan yang ditetapkan.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai 2.6 juta pekerja asing dan masih belum mengurangkan jumlah itu seperti yang disasarkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Johari berkata, keadaan itu sebahagiannya berpunca daripada syarikat yang sudah beroperasi di Malaysia selama 10 hingga 20 tahun tetapi masih bergantung kepada tenaga kerja asing, meskipun negara melahirkan lebih 400,000 pelajar dan graduan TVET yang mampu mengisi pekerjaan berkenaan.

“Malangnya, sesetengah syarikat ini mahu membayar graduan TVET pada kadar gaji yang sama seperti pekerja asing,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 juga tidak banyak membawa perubahan kerana sesetengah majikan masih membayar pekerja tempatan berkelayakan TVET pada kadar yang sama seperti pekerja asing.

Johari berkata, masalah itu sebahagiannya berpunca daripada dasar kerajaan yang disifatkannya terlalu fleksibel.

Beliau berkata, kerajaan tidak lagi akan membenarkan pengeluaran lesen baharu kepada perniagaan yang mahu menjalankan operasi seumpama syarikat sedia ada sekiranya mereka berhasrat mengambil pekerja asing.

“Jika kita terus membenarkan syarikat mengambil pekerja asing, jumlahnya akan terus meningkat,” katanya.

Sambil menambah bahawa kerajaan kini memberi penekanan lebih besar terhadap TVET, beliau berkata kementeriannya bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) akan menjelaskan dasar kerajaan kepada industri yang mahu mengambil pekerja asing.

“Mereka boleh mengambil pekerja asing, tetapi dengan syarat pekerja berkenaan hanya diambil untuk melakukan pekerjaan 3D (kotor, berbahaya dan sukar),” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.