The Jerusalem PostFamily secrets and scandal collide in Noa Yedlin's 'House Arrest' - reviewZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFGlobal NewsCanada, Philippines conclude negotiations for free-trade agreementSportstarSMAT 2026 Round 1 LIVE SCORE: Jharkhand begins title defence vs Mizoram; Bihar takes on SaurashtraRapplerThe week in photos: November 7-13, 2026ESPN DeportesPacers sobreviven al cierre de infarto ante Knicks en la NBA Cupسكاي نيوز عربيةشكوى تلاحق إنفانتينو.. هل استخدم أموال "فيفا" لمنزله؟Wirtualna PolskaZawiódł stary system? Władze o przyczynach paraliżu lotówDaily MailWhite House declares 'national emergency' over hours-long FAA ground stop: 'Nothing is certain right now'New Straits TimesWho is Alice Huang? The businesswoman linked to Jensen Huang and NvidiaNDTV SportsMilwaukee Bucks’ Tyler Herro Has A Message for Mouthy Orlando Magic Fan During Heated Exchange경향신문손가락 마디 굵어지고 아픈 관절염··· 전신마취 없이 손 움직여보며 수술 치료 가능해
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 14, 2026

Akmal harap keputusan PRN Melaka seperti Johor, N Sembilan

Translate

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berharap keputusan PRN Melaka hari ini memihak kepada Barisan Nasional (BN), seperti yang disaksikan pada pilihan raya di Johor dan Negeri Sembilan sebelum ini.

Beliau berkata pelbagai isu yang dibangkitkan pihak lawan sepanjang kempen tidak semestinya menjadi faktor penentu keputusan pilihan raya itu.

“Kita berharap keputusan sama seperti di Johor dan Negeri Sembilan akan berlaku hari ini,” katanya selepas mengundi di SK Merlimau.

Terdahulu, Akmal tiba di pusat mengundi pada 8.40 pagi bersama isteri dan ahli keluarganya sebelum selesai menunaikan tanggungjawab itu kira-kira 8.50 pagi.

Mengulas kempen selama dua minggu, Akmal menyifatkannya lebih tenang berbanding PRN Melaka sebelum ini, ketika negara berdepan pandemik Covid-19 dan aktiviti kempen secara bersemuka terhad.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Kali ini, Akmal berusaha mempertahankan kerusi DUN Merlimau dalam pertembungan satu lawan satu dengan calon PH, Rahayu Hamzah.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.