InquirerEdcom: Over 26,000 public schools still without principalsDaily MaverickLOCAL ELECTIONS 2026: Politicians’ egos and ideological hang-ups no longer win votes in SAPunchUK buys £1bn Nigerian oil as Dangote refinery expands한겨레최민희 “대통령님께 누를 끼쳐 깊이 사죄…신천지, 진상규명 해야”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDF매일경제“사람 모이는 공공공간이 도시 가치 높인다”…도쿄 다카나와게이트웨이시티 설계자가 용산에 건넨 조언النهارإطلاق صافرات الإنذار في البحرين والسلطات تحض السكان على الاحتماءBBC 中文台灣村里長:最基層的民選公職,如何牽動選舉動員與兩岸關係?Lenta.ruВСУ ударили дронами по российскому регионуThe Sydney Morning HeraldPrime minister’s hot mic moment at COP31ESPN DeportesFrenkie de Jong causa baja contra AlemaniaNew Straits TimesMalaysian economy expected to grow more than 5pct for third consecutive year: Amir Hamzah
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 15, 2026

Bersatu masih bergelut, perlu perubahan drastik, kata penganalisis

Translate

Bersatu perlu melakukan perubahan drastik dan memperkukuh semula organisasinya selepas kekalahan dalam tiga PRN berturut-turut, yang menunjukkan parti itu masih bergelut memulihkan pengaruh serta sokongan pengundi, kata penganalisis.

Tawfiq Yaakub

Tawfik Yaakub.

Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berkata kekalahan Bersatu di semua tujuh kerusi ditandinginya pada PRN Melaka menggambarkan kemerosotan politik parti itu yang amat serius sejak penubuhannya.

Menurutnya, keputusan PRN Johor, Negeri Sembilan dan terbaru Melaka memberi isyarat Bersatu semakin kehilangan pengaruh dalam kalangan pengundi Melayu.

“Bersatu sudah tidak relevan dan ditolak oleh orang Melayu,” katanya kepada FMT.

Pada PRN Melaka, Bersatu gagal memenangi semua tujuh kerusi ditandinginya, termasuk Bemban dan Sungai Udang yang dimenangi parti itu pada 2021.

Kekalahan itu menyusuli nasib sama pada PRN Johor dan Negeri Sembilan, menjadikan Melaka kekalahan menyeluruh ketiga berturut-turut bagi Bersatu.

Tawfik turut berpandangan rentetan kekalahan itu memberi isyarat berkait kepimpinan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sekali gus memerlukan perubahan drastik segera jika parti itu mahu terus bertahan dalam arena politik negara.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula berkata Bersatu masih dalam proses pemulihan selepas mengalami perpecahan dalaman yang menyaksikan sebahagian pemimpin utama dan pertengahannya menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan).

Beliau berkata keadaan itu menyebabkan Bersatu memerlukan lebih masa untuk menyusun semula kekuatan dan memperkemas jentera pilihan rayanya sebelum mampu kembali bersaing dengan berkesan.

“Bersatu masih dalam proses pemulihan selepas perpecahan teruk, sebahagian kepimpinan utama dan pertengahan telah pergi ke Wawasan,” katanya merujuk kepada parti pimpinan bekas timbalan presiden Hamzah Zainudin.

Mazlan turut berpandangan ketiadaan kerjasama rasmi antara Bersatu dengan PH di Melaka menyebabkan pemindahan undi penyokong kedua-dua pihak tidak berlaku secara ketara.

Katanya, walaupun kerjasama antara kedua-dua pihak mula kelihatan di peringkat persekutuan dan Selangor, persefahaman sedemikian tidak diumumkan secara rasmi di Melaka.

“Kalau berlaku pun pemindahan undi itu sangat minimum. Begitu juga undi Bersatu kepada PH, kadarnya sangat rendah,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.