Rai NewsMotoGP, Marquez vince la Sprint e vede il titolo. Gara cancellata per scarsa visibilitàESPNHow the Valkyries stole Game 4 on the road to even WNBA Finals at 2-2ESPN Deportes'Vasco', preocupado por no ganar con ValenciaInquirerHigaonon youth of Agusan del Sur turns coffee waste into cascara teaالنهارلبنان يطلب من العالم… ماذا بعد؟The Jerusalem PostAt least 12 injured in late-night shooting near Florida A&M University stadium in TallahasseeZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCNN TürkSavaşta sona doğru mu? İkinci perdede Trump'tan kritik adım!South China Morning PostLaw enforcement alerted about firm offering LGBTQ surrogacy services in Hong KongSözcü10 milyon hesabı ilgilendiren karar: 1 Kasım'da neler değişecek? İşte bütün ayrıntılarVanguardWhat’s left for Tinubu: A legacy to sustain, a name to behold매일경제조국 “오세훈 무죄는 사법 정치의 반격···무기력한 민주당이 만든 위기”
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 25, 2026

Letak calon di Sungai Udang, BN mahu buli PAS, PN, kata penyandang

Translate

Penyandang DUN Sungai Udang dari Wawasan, Dr Aleef Yusof, berkata keputusan Barisan Nasional (BN) meletakkan calonnya di kawasan itu tindakan pembulian terhadap PAS dan Perikatan Nasional (PN).

Aleef menang kerusi itu sebagai calon Bersatu, namun mengumumkan kemasukannya dalam Wawasan pada 2 Okt, juga menyeru PN mempertimbang untuk bertanding solo pada PRN Melaka.

“Kepimpinan PN digesa supaya tidak terus membiarkan BN menentukan hala tuju politik tanpa mengambil kira kepentingan rakan strategiknya. Tiba masa PN mempertimbangkan bertanding solo sekiranya rundingan pembahagian kerusi tidak memberikan ruang sewajarnya kepada gabungan.

“Ini bukan rundingan dengan PAS, tetapi pembulian terhadap PAS. Akhirnya, tindakan ini turut memberikan kesan kepada rakan komponen PN,” katanya kepada FMT.

MInggu lalu, dilaporkan Presiden Wawasan Hamzah Zainudin menegaskan hasrat mempertahan Sungai Udang dan Bemban pada PRN Melaka sebagaimana Umno mahu mengekalkan 21 kerusi disandang.

Katanya, menjadi hak Wawasan bertanding dua kerusi itu berdasarkan konsep ‘pertahankan kerusi menang’ pada PRN lalu.

Dalam pada itu, Aleef melihat tindakan BN Melaka diketuai Ab Rauf Yusoh bukan satu bentuk rundingan politik adil, sebaliknya usaha mengambil kesempatan terhadap rakan strategik.

“Rakyat meletakkan harapan kepada PN bertanding di kerusi majoriti Melayu bagi membolehkan gabungan itu meraih kemenangan.

“Tindakan Rauf bukan sahaja boleh menjejaskan hubungan antara parti, malah berisiko memusnahkan usaha penyatuan Melayu secara keseluruhan.”

Malam tadi, BN umum bertanding di 21 kerusi pada PRN Melaka, termasuk Sungai Udang dengan menamakan Rais Yasin sebagai calonnya.

Pada PRN Melaka 2021, Aleef menang Sungai Udang majoriti 530 undi, menewaskan calon BN, Mohamad Ali Mohamad yang meraih 6,269 undi, calon Pakatan Harapan, Hasmorni Tamby (2,035), dan bebas, Zahar Hashim (471).

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.