Pesawat dari China dilencong ke LTSM akibat cuaca buruk

Sebuah pesawat penerbangan dari China ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Kuala Terengganu petang semalam akibat cuaca buruk.
Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata pesawat Airbus A321neo itu sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), namun terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).
Katanya, penerbangan Qingdao Airlines (QW907) yang membawa 207 penumpang dan anak kapal itu terpaksa dilencongkan ke LTSM selepas lebih sejam berlegar-legar di udara akibat cuaca buruk, lapor Bernama.
“Penerbangan tersebut dilaporkan selamat mendarat di LTSM kira-kira 5.30 petang semalam selepas turut tidak dapat dilencongkan ke Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang (LTAAP) berikutan masalah kekurangan bahan api.
“Memandangkan LTSM tidak mempunyai perkhidmatan penyambungan semula bahan api, bekalan minyak bagi pesawat perlu diuruskan sama ada dari Kuantan, Pahang atau Kota Bharu, Kelantan,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.