PunchCanada denies Russian team entry for ice hockey tournamentThe Jerusalem PostGorillas at Ramat Gan Safari form 'living ladder' to reach food, TAU study finds한겨레최교진 교육장관 “수능 시험장 통신 차단 검토…과기부와 협의 중”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNN Türkİran'ın elindeki Amerikan silahlarının sırrı ne?RTL BoulevardElf doden door brand op Thais vakantie-eiland PhuketAntara NewsChimes AI Achieves 2.9x Faster AI Inference with FPT AI FactoryWirtualna PolskaCzym Trump poleci do Chin? Są wątpliwości wokół Air Force One경향신문“‘수도권 빅5’ 버금가는 병원 만든다”···전남대병원, 신축 5년 단축SRF NewsKrieg im Nahen Osten – Presse: Dritter US-Flugzeugträger erreicht Nahen OstenMyJoyOnlineAfenyo-Markin accuses Mahama of sidelining Big Six in new currency designTagesschauMögliche Abkommen: Eignet sich Ruanda für Abschiebezentren?
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 16, 2026

Pendakwaan rayu keputusan pinda tuduhan bagi pemandu lawan arus

Translate

Pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi meminda pertuduhan membunuh ke atas seorang bekas eksekutif pemasaran yang memandu lawan arus sehingga menyebabkan kematian dua remaja dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan pada 2021.

Peguam N Sivananthan yang mewakili K Devaaswin berkata, pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan awal bulan ini.

“Saya percaya pihak pendakwaan mahu Mahkamah Rayuan mengembalikan pertuduhan bunuh terhadap anak guam saya serta memerintahkan dia membela diri,” katanya kepada FMT.

Pada 23 Okt lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen kesalahan membunuh terhadap Devaaswin, 29, walaupun memanggil 14 saksi untuk memberi keterangan.

Hakim Bhupinder Singh kemudian meminda pertuduhan kepada kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan, dengan Devaaswin mengaku bersalah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan denda RM30,000 bagi setiap kematian, menjadikan keseluruhan denda RM60,000 serta hukuman penjara itu berjalan serentak bermula tarikh tangkapan.

Devaaswin didakwa pada September 2021 atas pertuduhan membunuh Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, dan Nur Afiqah Abdul Karim, 18.

Dua remaja itu maut selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda yang dipandu melawan arus di KM8.6 Lebuhraya Persekutuan, kira-kira 1.50 pagi 12 Sept 2021.

Pihak pendakwaan pada mulanya mendakwa Devaaswin atas kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun menurut undang-undang semasa, berserta sebatan dalam keadaan ditetapkan undang-undang.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.