The Jerusalem PostMost Israeli Jews fast on Yom Kippur, while over half take part in prayer services, survey findsPunchNorth Korea fires ballistic missile into East Sea — South KoreaDaily MaverickIN PICTURES: Memorial run in honour of Elizabeth ‘Tsontso’ Moselakgomo in Kempton Parkוואלהאם ושני ילדיה נהרגו ממתקפת כטב"מים רוסית על קייבInquirerFair Sunday weather in most parts of PH; ‘habagat’ to affect S. LuzonCNN TürkHava Durumu (20-09-2026)한겨레숭실대 기계공학부 항공 학술동아리 '천금비', 자작항공기 경진대회서 우수상·장려상 수상Inquirer EntertainmentSarah Labahti, McCoy de Leon lead cast of Darryl Yap’s first horror film ‘VHS’Straits Times SportSingapore’s Gan Ching Hwee wins historic 1,500m freestyle silver at Asian GamesSözcüŞişli'de kadın sürücülerin yol kavgası kamerada: "Kafanı kırarım" deyip camdan içeri saldırdıUOLPrevisão do tempo em Ivaiporã neste domingo (20)VanguardOsimhen to miss AFCON qualifiers due to groin injury
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 20, 2026

Pemimpin PAS beritahu DAP ‘jangan banyak sangat berlakon’

Translate

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan tindakan DAP susulan keputusan membenarkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman di rumah sebagai tidak lebih daripada ‘lakonan politik’.

Fadhli mempersoalkan keputusan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook melepaskan jawatan menteri pengangkutan, sedangkan menteri dan timbalan menteri daripada parti itu kekal dalam kerajaan.

Katanya, jika DAP benar-benar tidak bersetuju dengan keputusan berhubung Najib sehingga perlu ada peletakan jawatan, mengapa hanya seorang pemimpin mengambil tindakan itu.

“Kalau seluruh DAP masih kekal dalam kerajaan, apa signifikannya selain satu lakonan politik untuk menunjukkan kononnya mereka membantah?

“Entah-entah PMX esok atau lusa menolak peletakan jawatan tersebut dan mohon Loke tarik balik, apa pula respons tuan badan?” katanya di Facebook

Semalam, Loke mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP selama kira-kira tiga jam semalam, dengan menjelaskan ia hanya membabitkan dirinya manakala wakil DAP lain akan terus kekal dalam kerajaan.

Sementara itu, Fadhli turut mempersoalkan gesaan Wanita DAP supaya minit mesyuarat lembaga pengampunan didedahkan, sedangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh daripada parti itu adalah anggota lembaga berkenaan.

“Kalau mahu telus, kenapa tidak pernah pula mendesak minit mesyuarat ketika Anwar Ibrahim diberikan pengampunan penuh pada 2018 didedahkan?

“Ketika itu menteri Wilayah Persekutuan pun belum dilantik,” katanya.

Fadhli berkata, kuasa pengampunan perlu dihormati berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan secara konsisten, bukannya dipersoalkan mengikut keadaan politik semasa.

“Janganlah banyak sangat berlakon, nanti salah baca skrip. Skrip tulis ABCDEFGHI nanti dibaca ABCDEFGLC.

“Rakyat bukan susah sangat nak faham helah politik begini,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.