CNN TürkElazığ’da öldürülen çiftin cinayetinde yeni gelişmePunch2027: Ekiti SDP senatorial candidate pledges better representationInquirerStudent wounded in stabbing at a Laoag schoolThe Jerusalem PostSide by Side: Helping people with disabilities connect sociallyBollywood HungamaShabana Azmi backs CJP’s Mumbai protest; says, “We don’t have to tolerate anything wrong”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFUOLApucarana e região têm 20 candidatos nas disputas para deputadoSky TG24Reggio Emilia, aggredì tre persone al distributore di benzina: muore suicida in carcereNU.nlIdentiteit van copiloot Flydubai bekend, viel piloot aan met bijlDaily MailBrooklyn Beckham and ab-flashing Nicola Peltz pack on the PDA during a night out in Paris after snubbing his mum Victoria's show as the designer gushes she feels 'so blessed' to have the rest of her family supporting herRai NewsFrancia, gli studenti non si fermano. A Marsiglia tentativo di ustione a una donna, arrestato 15enneFutura SciencesAnne-Sophie Pic cuisine pour Sophie Adenot dans l’espace : mais pourquoi le goût y change-t-il autant ?
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 3, 2026

Keluarga saman agensi kerajaan, ibu bapa berkait kejadian tikam Bandar Utama

Translate

Keluarga Yap Shing Xuen, 16, yang maut ditikam rakan sekolah lelaki di sebuah sekolah di Bandar Utama tahun lalu, memfailkan saman sivil ke atas beberapa agensi kerajaan dan ibu bapa remaja lelaki itu.

Keluarga itu berkata, saman sivil tersebut difailkan menerusi peguam mereka, Tetuan Surendra Ananth, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 1 Okt.

Mereka berkata, tindakan undang-undang itu ‘bukan bertujuan membalas dendam’, sebaliknya bagi memastikan pihak berkenaan dipertanggungjawabkan agar tidak ada kanak-kanak lain yang terpaksa melalui perkara sama.

“Mengambil kira semua fakta yang telah muncul sejak kematiannya terutama daripada perbicaraan kes jenayah, kami sangat percaya pembunuhannya dapat dielakkan sekiranya pihak berkaitan mengambil langkah sewajarnya,” kata mereka dalam kenyataan.

Keluarga berkenaan menamakan beberapa agensi kerajaan sebagai defendan, sambil berhujah agensi terbabit diwajibkan dari segi undang-undang mengambil langkah mencukupi bagi menangani isu kesihatan mental di sekolah.

“Ia termasuk mengambil langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Kami sangat percaya mereka telah gagal berbuat demikian,” kata kenyataan itu.

Mereka turut menamakan ibu bapa remaja lelaki berkenaan sebagai defendan, dengan menyatakan ‘tanda-tanda amaran jelas kelihatan’, selain ibu bapa mempunyai tanggungjawab mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan anak mereka tidak membahayakan orang lain.

“Kami juga menamakan remaja lelaki itu sendiri sebagai defendan,” kata.

Mereka berkata, Malik Imtiaz dan A Surendra Ananth akan mewakili pihak keluarga dalam saman sivil tersebut.

Pada 14 Sept, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan remaja lelaki berusia 15 tahun itu daripada tuduhan membunuh remaja perempuan berkenaan, selepas memutuskan dia tidak waras semasa kesalahan itu dilakukan.

Namun, Hakim Adlin Abdul Majid memerintahkan remaja itu ditahan di bawah perkenan Sultan Selangor di Hospital Bahagia Ulu Kinta di Perak, di mana tertuduh akan menjalani rawatan.

Pada 24 Sept, Jabatan Peguam Negara menyatakan pihaknya telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Remaja lelaki itu dituduh menikam sehingga maut pelajar Tingkatan 4 berkenaan di tandas perempuan sekolah mereka, antara 9.20 pagi hingga 9.35 pagi, pada 14 Okt 2025.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.