Le DevoirSan Diego et Montréal, deux orchestres pour un même Rafael PayareBollywood HungamaEXCLUSIVE: Amit Sadh calls his Pratap character “Mike Tyson of police force”; admits BO success matters to him more than ever: “I am told even Instagram followers’ matter. Toh yeh toh box office hai yaar!”PunchNine dead in small plane crash near Trump’s Florida homeInquirerMMDA: Light traffic on major NCR roads on All Souls’ Day morningCNN TürkKimi Antonelli, Formula 1 tarihinin en genç şampiyonu olduSky TG24Le prime pagine dei quotidiani di oggi 2 novembre: la rassegna stampa한겨레공격농구에 흥미진진, 줄부상에 한숨…‘외국인 선수 두 명 동시 출전’이 뒤흔든 1라운드Screen RantThe Battlestar Galactica Franchise Officially Returns In 2027The Hollywood ReporterTallinn Black Nights Fest Turns 30 With New Artistic Director, a Latin American Streak and a Baltic BoomVanguardSolar Installation in Lagos: See Costs and BenefitsGIGAZINE「ポイ活」「プレイするだけで現金ゲット」をうたうアプリの人気が爆増、しかし実際にゲットするまでにとんでもない労力を費やさないといけないDigital Spy5 Emmerdale spoilers for tonight as Joe Tate makes surprising new decisions
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 2, 2026

Ubat kurus haram termasuk Ozempic bernilai lebih RM400,000 dirampas

Translate

Kementerian Kesihatan (KKM) merampas pelbagai ubat kawalan berat badan dan anti diabetes tidak berdaftar termasuk ubat percubaan Retatrutide serta produk tular Ozempic bernilai lebih RM400,000 yang dijual secara haram dalam talian bagi tempoh 2025 hingga September lepas.

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata tindakan itu diambil susulan peningkatan trend pembekalan dan pembelian ubat-ubatan glucagon-like peptide-1 receptor agonist (GLP-1 RA) tanpa pemantauan klinikal dan kawalan sah pihak berkuasa.

“Bagi tempoh 2025 sehingga September 2026, sebanyak 12 serbuan berkaitan Retatrutide telah dilaksanakan secara rampasan 697 unit melibatkan RM341,000. Retatrutide adalah satu yang saya kira belum lagi dalam formulari kami.

“Bahagian Penguatkuasaan Farmasi juga mengesan penjualan ubat Ozempic, (mengandungi bahan aktif Semaglutide) secara tidak sah. Bagi tempoh 2025 hingga September 2026, tujuh serbuan berkaitan produk ini dilaksanakan dengan rampasan berjumlah 62 unit melibatkan RM64,170,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) mengenai tindakan KKM dalam mengawal fenomena penjualan ubatan berkenaan dalam talian tanpa kawalan di Dewan Rakyat hari ini.

Dzulkefly berkata KKM menerusi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan berterusan bagi mengekang aktiviti penjualan tidak sah yang dipromosikan menerusi platform e-dagang dan media sosial.

“Kita akan terus memantau secara lebih tegas penyalahgunaan e-dagang dan e-platform ini, sebab pada akhirnya yang kita mahu jaga adalah keselamatan dan nyawa rakyat,” katanya.

Menjawab soalan asal Ramkarpal mengenai jumlah dana bagi rawatan GLP-1 RA di bawah Belanjawan 2026, Dzulkefly berkata buat masa ini tiada peruntukan khusus bagi rawatan ubat GLP-1 seperti Ozempic, Tirzepatide dan Mounjaro.

Bagaimanapun, pesakit yang memerlukan boleh memohon menerusi Unit Ubat Kelulusan Khas (UKK) KKM menggunakan peruntukan sedia ada.

“Untuk rekod, sebanyak 240 permohonan rawatan telah diluluskan bagi tempoh Januari hingga September 2026 melibatkan kos keseluruhan RM2.56 juta,” katanya.

Selain itu, beliau berkata KKM akan terus mengemukakan permohonan peruntukan khusus untuk perolehan GLP-1 pada masa hadapan.

Sementara itu, Dzulkefly berkata KKM dalam proses akhir memuktamadkan draf peraturan baharu berkaitan sistem penggredan Nutri-Grade (pengelasan nutrisi makanan) secara mandatori berasaskan kepada kandungan jumlah gula dalam minuman sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelang November 2026.

Beliau berkata inisiatif itu dilaksanakan melalui proses pindaan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bagi membantu pengguna membuat pilihan makanan dan minuman yang lebih sihat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) mengenai pendekatan komprehensif KKM menangani penyakit tidak berjangkit (NCD).

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.