Daily MaverickTHE GREAT UNRAVELLING: ANC devours itself from within as voters steadily turn their backsESPN DeportesEN VIVO: Chucky Lozano marca y mete en la pelea al LA Galaxy ante San Diegoוואלהצעיר כבן 20 נפצע באורח קשה כשהתנגש עם רכב בעמוד בראש העיןThe Jerusalem PostGreece to sign $3.6b. Israeli air defense deal, creating 'Achilles Shield' against Turkey and IranInquirerLPA develops into Tropical Depression PilandokUOLVenezuela anuncia que acordo energético com os EUA vai durar 25 anosScreen RantPlayStation Gamers Have 24 Hours To Grab 2 Free DownloadsSRF NewsEU-Referendum – Island stimmt ab: Erste Resultate deuten auf knappes Resultat hinBusiness AMBusiness AM Sudoku’s 30-08-2026النهارمخاطر تصاعُد الحرب في أوكرانياSDP EspectáculosFátima Bosch se despide de la corona en Miss México 2026: reconoce que fue un año difícilBBC NewsIceland EU referendum on a knife edge as counting continues
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, August 30, 2026

‘Dah belasah Umno, sekarang nak kerjasama?,” pemimpin Pemuda soal PH

Translate

Seorang pemimpin Pemuda Umno mempersoalkan hasrat Pakatan Harapan (PH) untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) di Melaka, selepas mendakwa gabungan itu sebelum ini lantang menyerang parti itu dalam beberapa isu.

Setiausahanya Hafiz Ariffin berkata beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan kerjasama itu susulan pendirian dan kritikan PH terhadap Umno, termasuk di Johor dan Negeri Sembilan selain Kongres PKR.

“Sekarang nak kerjasama? Haha, no thank you,” katanya di Facebook.

Hafiz turut mendakwa isu termasuk suruhanjaya siasatan diraja (RCI) dan beberapa kes lama digunakan untuk memberi tekanan kepada Umno dan BN.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan RCI atau kes dimaksudkan.

Beliau mengulas laporan media memetik kenyataan Pengarah Pilihan Raya PH Amirudin Shari yang menantikan kesediaan Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh bagi memulakan rundingan rasmi mengenai hala tuju kerjasama politik di negeri itu.

Menurut Amirudin, beliau telah berhubung dengan Ab Rauf, namun ketua menteri Melaka itu memaklumkan mahu menunggu keputusan dasar daripada kepimpinan tertinggi Umno dan BN pusat terlebih dahulu, sebelum memulakan perbincangan lanjut.

Mengulas lanjut, Hafiz berpandangan hasrat PH untuk bekerjasama dengan BN di Melaka mungkin strategi ‘serampang dua mata’, yang disifatkannya sebagai langkah ‘pencegahan’ serta ‘ugutan secara halus’.

Menurutnya, kerjasama dengan pihak yang mempunyai sokongan boleh dilihat sebagai usaha PH untuk mengelakkan kekalahan berterusan dalam pilihan raya.

Pada masa sama, beliau mendakwa tawaran itu juga boleh ditafsirkan sebagai isyarat bahawa tekanan politik mungkin meningkat sekiranya kerjasama tidak tercapai.

BN kini mempunyai 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka, manakala PH memegang lima kerusi dan Perikatan Nasional dua.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.