Daily MaverickAt least 28 killed in Ukraine, Zelenskiy condemns one of Russia’s most ‘vile strikes’ESPN DeportesRays, a Serie de Campeonato por tercera vez; Yankees, fueraESPNFollow live: Chourio's RBI single gives Brewers edge in Game 4UOLSite distribui criptomoedas em troca de divulgação de conteúdo que incentiva voto em Flávio BolsonaroTVN24Tajemnicza śmierć laborantki z Irkucka. WHO i USA domagają się wyjaśnieńWirtualna PolskaDziało się w nocy. Trump pytany o rząd w Polsce. Berkowicz obraża dziennikarkę한겨레이 대통령 “한-이집트 ‘전략적 동반자’로 격상… CEPA 협상 공식 개시”Channel News AsiaPM Wong congratulates new Lao PM Saleumxay KommasithZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe Sydney Morning HeraldAustralia news LIVE: Joe Hockey says corruption flourishing in Washington; Ministers’ mixed messages as ATO prepares credit card banSözcüSON DAKİKA: Maltepe'de 6 katlı bina çöktüDaily MailMichael Douglas' Basic Instinct co-star Jeanne Tripplehorn breaks cover with husband after Hollywood icon revealed their affair
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 8, 2026

2 remaja maut dalam kemalangan di Kg Gajah

Translate

Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Teluk Sareh dekat Kampung Gajah, Peral awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira 4.29 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Kampung Gajah digerak ke lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan itu sebuah kereta Toyota Yaris dan sebuah motosikal Yamaha Y15 yang dinaiki dua mangsa berkenaan.

“Setibanya jentera di lokasi mendapati kereta tersebut berada di dalam parit dan terdapat seorang mangsa di dalam kereta namun tidak tersepit.

“Penunggang dan pembonceng motosikal turut berada di dalam parit,” katanya dalam kenyataan menurut Bernama.

Menurutnya, mangsa Siti Qazrina Abdul Rahman, 19, dan rakannya Adam Danial Abdul Rahman 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Sabarodzi berkata mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala pemandu kenderaan terbabit yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Seri Iskandar untuk rawatan lanjut.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.