CNN TürkŞANS TOPU SONUÇ SORGULAMA EKRANI MPİ: 16 Ağustos Şans Topu sonuçları nereden ve nasıl sorgulanır? Şans Topu sonuçları saat kaçta açıklanacak?The Jerusalem PostIsaac Herzog meets with 'Make-A-Wish' child who wished to know the feeling of being presidentESPNPitcher, surgery pioneer Tommy John dies at 83Daily MaverickTIME CAPSULE: SA through the lens of mission stations: Genadendal, Goedverwacht and WüpperthalESPN DeportesRodri será jugador del Barcelona: ya hay acuerdo con el CityRTP DesportoLevante, de Luís Castro, perde com Espanyol na estreia na La LigaPunchEPL: Any team ‘ld miss him, Maresca hails Ballon d’Or winner Rodriוואלהילד בן 10 התנגש בגדר בעת שרכב על אופניים בבני ברק, מצבו בינוניGlobo EsporteASA x Goiatuba - Campeonato Brasileiro Série D 2026 - Ao vivo - globoesporte.comANSA SportFlag Football: Italia vicecampione del mondo, vincono gli Usa 46-26
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, August 16, 2026

Shafee bantah keterangan bekas CEO 1MDB bahawa Jho Low proksi Najib

Translate

Peguam Najib Razak, Shafee Abdullah, membantah keterangan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengarah urusan 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi bahawa ahli perniagaan yang sedang diburu, Low Taek Jho atau Jho Low, merupakan proksi kepada bekas perdana menteri itu.

Shafee membangkitkan bantahan itu selepas Shahrol, 56, membacakan perenggan 20.4 daripada pernyataan saksinya setebal 168 muka surat semasa prosiding saman sivil USD5.64 bilion 1MDB terhadap Najib dan beberapa individu lain di Mahkamah Tinggi.

Shafee berhujah, dakwaan Shahrol yang menyatakan Jho Low sebagai proksi Najib bersifat dengar cakap (hearsay).

“Saya membantah keseluruhan perenggan 20.4 dan juga semua keterangan lisannya bahawa Jho Low proksi Najib Razak,” katanya.

“Melainkan beliau mendengarnya sendiri daripada Najib … namun daripada keterangan lisannya, beliau memberi gambaran bahawa Jho Low yang mendakwa sedemikian dan justeru, ia (bersifat) dengar cakap.”

Pesuruhjaya Kehakiman Redzuan Idrus memutuskan bahawa mahkamah akan mengabaikan frasa yang mengandungi dakwaan tersebut dalam perenggan 20.4.

Peguam 1MDB, Nathalie Ker memberitahu mahkamah, pihak plaintif akan memfailkan hujahan bertulis minggu depan bagi menjawab bantahan Shafee terhadap keterangan lisan Shahrol mengenai dakwaan tersebut.

1MDB tarik balik saman terhadap bekas CFO

Terdahulu, 1MDB memaklumkan mahkamah, pihaknya akan menarik balik saman terhadap bekas ketua pegawai kewangan (CFO) Radhi Mohamad, 56, sekali gus meninggalkan enam defendan di dalam prosiding tersebut, termasuk Najib.

Peguam Lee Shih berkata, pihak plaintif dan Radhi telah bersetuju untuk menyelesaikan saman itu menerusi persetujuan bersama.

Katanya, perintah persetujuan itu akan direkodkan di mahkamah hari ini, di mana saman terhadap Radhi akan ditarik balik tanpa sebarang tindakan lanjut terhadapnya.

“Saya boleh sahkan bahawa pihak plaintif dan defendan keenam ingin merekodkan penghakiman persetujuan atau perintah persetujuan hari ini,” katanya.

“Di bawah perintah persetujuan itu, saman terhadap Radhi akan ditarik balik tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dan tiada perintah mengenai kos.”

Peguam Radhi, M Reza Hassan kemudiannya mengesahkan, kedua-dua pihak telah bersetuju dengan terma persetujuan tersebut dan berterima kasih kepada pihak plaintif atas kerjasama mereka dalam menyelesaikan perkara itu.

Redzuan kemudian memerintahkan supaya Radhi, defendan keenam, digugurkan sebagai defendan bersama daripada prosiding berkenaan.

1MDB menuntut untuk mendapatkan semula kira-kira USD5.64 bilion daripada Najib dan beberapa individu lain, atas dakwaan bahawa dana tersebut telah diseleweng.

Dana kekayaan berdaulat itu dan empat anak syarikatnya, iaitu 1MDB Energy Holdings Ltd, 1MDB Energy Ltd, 1MDB Energy (Langat) Ltd, dan Global Diversified Investment Company Ltd, memfailkan saman pada 7 Mei 2021.

Selain Najib, defendan lain termasuk bekas CEO 1MDB Nik Faisal Ariff Kamil, bekas pengarah eksekutif pembangunan perniagaan Casey Tang, dan bekas timbalan CFO Terence Geh.

Selain itu, bekas ketua pegawai pelaburan Vincent Beng dan bekas pengarah pelaburan Kelvin Tan turut dinamakan sebagai defendan.

Perbicaraan bersambung pada 17 Ogos.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.