Daily MaverickRETAIL REALITY: Inflation threatens to freeze SA’s Black Friday frenzyThe Jerusalem PostHapoel Beersheba-Besiktas Europa League match suspended after 25 minutes after fans riotCollider‘The Rings of Power’ Officially Ends Season 3 With Season 4 Already ConfirmedDigital SpyEmmerdale reveals new rift as Thea gets suspicious over Joe TateBusiness AMChina beschikt inmiddels over vier varianten van J-15-gevechtsvliegtuig voor zijn drie vliegdekschepen3DNewsЗонд Hera прислал первые снимки астероида, по которому ударил NASA DART, — его буквально приплюснулоPremium TimesEx-Minister Agunloye set to file no-case submission as EFCC closes caseESPN DeportesLeón vs Cruz Azul: posibles alineaciones y probabilidadesANSAIl vertice Ue sul bilancio, Macron contro i tagli: 'Non ci sarà accordo stavolta'ZDF heuteSchnee und Glätte sorgen für Verkehrschaos im SüdenBillboardFeid and Snoop Dogg Drop Thanksgiving Collaboration ‘Gracias x Todo’ABC News (Australia)Motor-racing resort could breathe new life into old mine site
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 26, 2026

PM manfaat kekuatan sedia ada sekiranya diberi peluang terus mentadbir

Translate

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhasrat memanfaatkan kekuatan dan pengalaman sedia ada sekiranya diberi peluang untuk terus mentadbir, selepas PRU16.

Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan bagaimanapun akui bahawa komposisi kerajaan selepas pilihan raya bergantung pada keputusan pilihan raya dan sokongan rakyat kepada parti-parti politik.

Anwar berkata demikian ketika mengulas kemungkinan beliau terus menerajui kepimpinan negara sekiranya diberikan mandat pada PRU16.

“Komposisi kita tak boleh tentu sebab kita tengok keadaan dan sokongan serta mandat yang diberikan kepada parti-parti. Tetapi kalau saya, tentulah saya nak teruskan dan tentunya dengan pengalaman yang ada, dengan kekuatan yang ada dapat mengangkat martabat Malaysia,” katanya, lapor Bernama.

Anwar berkata beliau mencintai Malaysia, dan meyakini keupayaan negara.

“Saya meletak harapan tinggi kepada anak-anak muda dan saya mahu Malaysia ini sekarang diangkat menjulang menjadi satu negara yang hebat dan gagah di rantau dan dunia,” katanya.

Sementara itu, Anwar meminta semua pihak bersabar mengenai tarikh PRU16, susulan desakan segelintir pihak supaya Parlimen dibubarkan.

“PRU16 mesti diadakan sebelum Februari 2028, begitu lebih kurang. Jadi sabarlah,” katanya.

Nilai hujah berkaitan agama

Dalam pada itu, Anwar menyeru masyarakat supaya menilai hujah berkaitan agama berlandaskan ilmu dan fakta, untuk membezakan hukum agama dengan pandangan politik yang boleh berubah mengikut kepentingan.

Katanya, pendekatan dakwah sebenar berteraskan penguasaan ilmu, namun terdapat pihak menjadikan agama sebagai alat politik sehingga mengelirukan masyarakat.

“Kadang-kadang dalam politik itu dua tahun sekali diubah fatwanya, tetapi orang anggap benda ini daripada tok guru, dia ikut betul. Padahal ini pandangan politik,” katanya.

Anwar turut menyentuh mengenai media sosial di mana sesiapa sahaja boleh menampilkan diri seolah-olah pakar dan mengeluarkan tafsiran sendiri berhubung isu agama.

Beliau menyeru masyarakat supaya membudayakan sikap menyemak, menilai, dan membahaskan sesuatu pandangan berdasarkan sumber serta fakta yang jelas, tanpa mengira sama ada dikemukakan pembangkang atau pemimpin kerajaan.

Mengulas usaha memerangi rasuah, Anwar menyifatkan rasuah sebagai masalah sistemik yang memerlukan komitmen dan ketegasan berterusan semua pihak untuk membanterasnya.

“Saya warisi keadaan yang sistemik. Jadi oleh itu kita mesti terus tegas, terus jalan walaupun popular atau tidak, itu soal kedua,” katanya.

Anwar berkata cabaran membanteras rasuah ternyata lebih besar daripada yang dijangkakan, justeru kesedaran mengenai kepentingan integriti perlu dipupuk sejak awal, khususnya dalam kalangan generasi muda.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.