ESPNPatrick Mahomes perfect on play-action passes in win vs. Dolphins: 'It's opening up a lot'The Jerusalem PostFive arrested following disturbances on Jerusalem light rail construction siteInquirerRaptor rescued from sea in Romblon한겨레명지대학교, 2026 자연캠퍼스 백마축제 'MAJESTY' 개최SözcüTOKİ arsasını 'miras kaldı' diyerek sattılar: 95 milyon liralık vurgunda dev operasyon!CNN TürkZonguldak’ta kömür silosuna düşen işçi ağır yaralandıRapplerLIVE UPDATES: Impeachment trial of Vice President Sara Duterte경향신문매콤한 고추장이 달콤한 캐러멜로 변신···담양·순창 전통 장, 디저트 됐다RTL BoulevardVriendin Billy Dans uitgerekend op hun gezamenlijke verjaardag: 'Dat verzin je toch niet?'7sur7Une fille de 11 ans devient la plus jeune joueuse d’échecs à obtenir le titre de “grand maître international féminin”גיקטייםשורדת השבי נועה ארגמני מצטרפת כמשקיעה לקרן ההון Vine VenturesNOSVan één uitzetting naar honderden tenten op Madrileense Puerta del Sol
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 29, 2026

Orang ramai diingat jangan terpedaya ‘scam’ pendaftaran ubat melalui pos

Translate

Orang ramai khususnya warga emas diingatkan tidak terpedaya dengan pihak mengenakan bayaran atau menawarkan pendaftaran program ubat melalui pos (UMP) menerusi saluran tidak rasmi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata pendaftaran UMP hanya dibuat melalui fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) secara percuma dan tiada proses melalui media sosial.

“Ubat melalui pos ini pendaftarannya melalui fasiliti KKM, bukan melalui mana-mana akaun TikTok atau Facebook.

“Tidak ada proses pendaftaran selain melalui KKM itu sendiri,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran pembiayaan inisiatif UMP di Kementerian Komunikasi yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Program penghantaran ubat secara percuma itu akan mula dilaksanakan pada 1 Okt ini.

Fahmi berkata, orang ramai perlu berhati-hati dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan susulan pelaksanaan inisiatif itu.

Katanya, inisiatif itu akan dilaksanakan di seluruh negara dengan peruntukan kira-kira RM5 juta.

Kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos penghantaran ubat kepada kira-kira 87,000 pesakit sebulan menerusi UMP, hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan KKM.

Sementara itu, Dzulkefly berkata UMP menyediakan perkhidmatan penghantaran bekalan ubat susulan menggunakan pos laju dari Unit Farmasi KKM terus ke destinasi pilihan pesakit.

Katanya, sebelum ini caj penghantaran perkhidmatan itu ditanggung pesakit sendiri.

“Menerusi perkhidmatan UMP, pesakit tidak lagi perlu hadir ke fasiliti kesihatan semata-mata untuk mengambil bekalan ubat susulan,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.