The Jerusalem PostPalestinians deserve accountable leadership, not further delays to democracy - editorialESPN😈 Oklahoma's troll of Texas leads top jabs of CFB Week 6ESPN DeportesAmérica y Rayados se frenan tras golpearse antes del descansoInquirerNBI files graft raps vs CHR chair, 3 othersPunchPhone snatcher bags eight years’ jail한겨레“그날 구해준 덕분에 여기까지”…화재참사 생존자 12년 뒤 결혼 인사CNN TürkTrump telefonlara sarıldı! "Alo... Mazot var mı?"ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFהידעןנוראקסון וננופס יבחנו מתן אקסוזומים ממוקד לעין ולעורRapplerReinhard Jumamoy’s audacity, work ethic give NU its go-to guyNew Straits TimesThousands join pro-Palestinian marches in several European cities경향신문오늘의 부고-김호 국민의힘 서울 강서병 당협위원장 부친상 외
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 11, 2026

14 kawasan catat IPU tak sihat, Johor paling terjejas

Translate

Lapan kawasan di Johor merekodkan kualiti udara tidak sihat, iaitu Pasir Gudang, Larkin, Kota Tinggi, Tangkak, Segamat, Pengerang, Kluang dan Batu Pahat.

PETALING JAYA:

Sebanyak 14 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini, dengan lapan daripadanya terletak di Johor.

Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Pasir Gudang tertinggi, iaitu 179, manakala kawasan lain di Johor yang turut merekodkan kualiti udara tidak sihat ialah Larkin (178), Kota Tinggi (165), Tangkak (163), Segamat (161), Pengerang (160), Kluang (159) dan Batu Pahat (145).

Di Pahang, dua kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Balok Baru Kuantan (159) dan Rompin (152).

Kawasan lain dengan IPU tidak sihat ialah Kuala Terengganu (157), Kemaman (156) dan Paka (144) di Terengganu serta Cheras di Kuala Lumpur (156).

Sebanyak 50 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana dan empat kawasan dengan kualiti udara baik, iaitu Minden di Pulau Pinang (49), Kangar di Perlis (47), Langkawi di Kedah (37) dan Balik Pulau Pinang di Pulau Pinang (25).

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan lebih 300 dikategorikan bahaya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.

14 kawasan catat IPU tak sihat, Johor paling terjejas — KioskNews