CNN Türk10 büyükşehir, 10 kira bütçesi... İşte il il rakamlar!The Jerusalem PostIran still has up to 2,500 missiles, capable of major assault even after rounds of strikes - reportPunchPetrol tanker catches fire at Kwara filling station한겨레연어처럼 돌아오고 싶은 [서울 말고]Daily MaverickGAINING GROUND: Bangladesh challenge gives Proteas the chance to prove their credentialsالنهارأرقام عن صواريخ إيران وترسانتها العسكرية... هل تستعد للحرب؟ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFWirtualna PolskaJest raport z głośnej dywersji w Polsce. "Ładunek był przygotowany"매일경제“찍히면 끝까지 추적해 잡는다”…홍콩 경찰, CCTV에 AI 안면인식 기술 활용VanguardIgando accident: Woman killed as Lexus rams into commercial busSözcüYunanistan'da görev başındaki itfaiyecilerin acı sonu! Müdahale ettikleri bina çöktüLenta.ruБорис Джонсон вспомнил «ужасное наказание» от Лаврова
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 15, 2026

Peserta himpunan 125ZR Members maut kemalangan di PD

Translate

Seorang peserta program Himpunan 125ZR Members 2.0 maut selepas motosikal ditunggangnya kemalangan dengan sebuah kereta di KM5.7 Jalan Pantai, pagi tadi.

Ketua Polis Port Dickson Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata nahas kira-kira 4.30 pagi menyebabkan lelaki tempatan berusia 28 tahun dari Petaling Jaya, Selangor itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati Perodua Axia dipandu wanita tempatan berusia 29 tahun itu dari arah Batu 4 Jalan Pantai menghala ke Taman Intan Duyung.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan melanggar kereta berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta mengalami kecederaan ringan manakala penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Afiq berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.