InquirerBill allowing homes generate power filed to address high electric ratesPunch‘Tinubu risked political future to return from exile’CNN TürkMASTERCHEF'TE ÖDÜL OYUNUN KAZANANI KİM OLDU? 24 Kasım MasterChef'te ödül oyununu kim kazandı?Inquirer EntertainmentMiss Universe 2026 kicks off coronation showZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio한겨레경기도, 33번째 한강 다리 명칭 ‘팔당창우대교’로 결정CNN بالعربيةنجل رافاييل نادال يخطف الأضواء.. هكذا احتفل بهدف "مُذهل" لبيلينغهام매일경제7%대 하락한 삼성전자·SK하이닉스 담은 초고수들…셀트리온은 순매도 1위 [주식 초고수는 지금]Antara NewsToshiba Launches Isolation Amplifiers That Contribute to Higher Precision and Improved Safety in Industrial Motor Drive SystemsRai NewsManovra, riammessi 100 emendamenti: anche quello su "exit tax" con redditi fino a 2 milioniThe Sydney Morning HeraldFootage reveals Beau Lamarre-Condon’s movements before and after murdersESPN'Shocked' Alberts told he won't be AD after Michigan flip; owed $17.2M, lawyers say
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 25, 2026

Pemimpin negara ucap takziah, kenang jasa Pak Samad

Translate

Pemimpin kerajaan dan pembangkang mengucapkan takziah atas pemergian Sasterawan Negara A Samad Said petang ini, dengan ramai mengenang sumbangan besar beliau kepada arena kesusasteraan negara.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, beliau amat berdukacita menerima berita pemergian tokoh yang mesra dipanggil Pak Samad itu, mengimbau kesan karya beliau terhadap masyarakat.

“Menerusi novel Salina (1961), Pak Samad mendekatkan kita kepada kehidupan mereka yang sering tersisih, agar kita turut menggarap duka dan memperjuang harapan mereka,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Anwar berkata, kecintaan Samad terhadap rakyat akan terus hidup menerusi karya sasteranya, selain komitmen teguh beliau mempertahankan bahasa Melayu dan memperjuangkan keadilan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pula mengimbau bagaimana beliau sering memetik rangkap puisi Tulus bagi menyampaikan kasih sayang dan penghargaan kepada ibu yang banyak berkorban demi anak-anak.

“Hari ini, saya menulis pula untuk mengenang insan yang telah memberikan kita kata-kata seindah itu. Begitulah dekatnya karya Pak Samad dengan kehidupan kita,” katanya, menzahirkan harapan agar karya beliau terus dibaca serta dinikmati generasi muda.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan pemergian Samad sebagai kehilangan besar kepada dunia kesusasteraan dan kebudayaan tanah air.

“Sesungguhnya, jasad seorang sasterawan mungkin telah pergi, namun suara, pemikiran dan perjuangannya tidak akan sama sekali terpadam,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Dalam ucapan takziahnya kepada keluarga Samad, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari turut berkata, negara kehilangan tokoh besar sastera Melayu yang memberikan suara kepada nurani masyarakat menerusi penulisan dan keberaniannya, manakala Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata, legasi sastera dan keintelektualan Samad akan sentiasa dikenang.

Turut mengucapkan takziah, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad yang berkata beliau sempat menziarahi Samad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Menyifatkan Samad sebagai ‘seniman rakyat yang berani menyuarakan nurani masyarakat’, Dzulkefly memuji peranan Samad dalam gerakan masyarakat sivil, khususnya dalam memperjuangkan keadilan dan nilai kemanusiaan.

“Secara peribadi, saya akan sentiasa mengenang kebersamaan kami dalam gerakan masyarakat sivil serta lingkaran perjuangan politik tanah air bersama Pakatan Harapan,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Sementara itu, mewakili DAP, Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan turut merakamkan ucapan takziah buat keluarga Samad, serta menyampaikan penghargaan buat jasa tokoh sastera itu kepada negara.

“Terima kasih atas segala sumbangan kepada nusa dan bangsa,” katanya di media sosial.

“Terima kasih kerana mengingatkan kita bahawa perjuangan untuk membina negara yang lebih baik tidak pernah sia-sia.”

Samad meninggal dunia pada 6.10 petang tadi ketika menerima rawatan bagi jangkitan paru-paru di HKL, setelah dimasukkan ke hospital sejak semalam.

Dilahirkan pada 9 April 1935 di Durian Tunggal, Melaka, dan dibesarkan di Singapura, Samad merupakan antara tokoh paling berpengaruh dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden.

Beliau menerima Anugerah Sastera Negara pada 1985 dan terkenal menerusi karya seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Langit Petang dan Hujan Pagi.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.