PunchPolice arrest fake lawyer after 11 years of practice in EbonyiESPNBrunson draws from WS as Knicks beat Pistons for 1st win: 'Just continue to hit singles'CNN TürkFenerbahçe Tarfin, deplasmanda Valencia Basket’e mağlup olduESPN DeportesAsí vivimos remontada de Rays en J4 de Serie Mundial para seguir con vida한겨레이 대통령 “국가가 국민 생명·안전 지키는 일보다 우선할 가치 없어”InquirerPNP taps AMLC to probe finances tied to Laos drug shipmentInquirer EntertainmentNoah Wyle claims People’s Sexiest Man Alive 2026 titleZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFVanguardEbonyi Assembly unanimously backs state police billSözcüFelaket saatte 140 kilometre hızla geliyor: 400 bin kişi tahliye edilecekDaily MailA bin too far: The town where residents now have to sort recycling into 12 bins... and get called 'lazy' for complaining경향신문‘HIV 감염인’ 국내 첫 장애인 등록 소송서 져···법원 “입법 정책상 문제”
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 28, 2026

Siasatan dakwaan Muhyiddin pertahan subsidi warga asing dirujuk AGC

Translate

Dewan Rakyat hari ini diberitahu yang kertas siasatan berhubung dakwaan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mempertahankan pemberian subsidi kerajaan kepada warga asing sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pihak berkuasa kini menunggu keputusan AGC berhubung kes itu.

“Kita telah merujuk kes ini kepada AGC dan sedang menunggu keputusannya,” katanya menjawab soalan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu).

Rosol mempersoalkan kelewatan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan bertanya sama ada tuduhan terhadap Muhyiddin (PN-Pagoh) itu benar.

“Sehingga hari ini, saya masih menunggu jawapan,” katanya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Ogos tahun lalu mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dakwaan bahawa Muhyiddin mempertahankan pemberian subsidi kerajaan kepada warga asing.

Pejabat Perdana Menteri sebelum ini berkata pihaknya mengambil maklum penafian Muhyiddin bahawa beliau pernah membuat kenyataan sedemikian berhubung pelaksanaan subsidi petrol RON95 secara bersasar.

Rosol turut bertanya siapa yang mempunyai kuasa menentukan sama ada sesuatu kandungan dalam talian adalah palsu, serta mekanisme yang ada bagi memastikan MCMC tidak menyekat kritikan yang sah terhadap kerajaan.

Beliau merujuk kepada beberapa personaliti media sosial termasuk Papagomo, yang menurutnya berdepan tindakan kandungan diturunkan selain peranti elektroniknya dirampas.

Teo berkata SKMM meneliti aduan daripada agensi kerajaan, pihak penguat kuasa dan orang awam sebelum meminta platform media sosial menurunkan kandungan yang disyaki melanggar undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, platform terbabit akan membuat penilaian sendiri berdasarkan keperluan undang-undang serta garis panduan komuniti masing-masing.

Teo berkata AGC dan mahkamah pula memainkan peranan dalam proses pendakwaan jenayah, manakala individu yang didakwa tetap mempunyai hak untuk membela diri.

Terdahulu, beliau berkata MCMC mengemukakan 65,680 permintaan untuk menurunkan kandungan palsu dalam talian antara 1 Jan 2023 hingga 15 Okt 2026, dengan 56,304 daripadanya berjaya diturunkan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.