ESPN DeportesEN VIVO: Hamilton limpia error con HR y Brewers igualaESPNFollow live: Hamilton delivers home run to keep pace with RaysThe Jerusalem PostIsraeli Arab political power rising with elections, challenging world’s assumptions - analysisPunch2027: INEC to publish updated candidates’ list after review한겨레구로구 ‘미라화’ 주검 신원 오리무중…유기한 80대는 “인형인 줄 알았다” 진술Inquirer EntertainmentAte Gay in ICU for nearly a week; family appeals for helpUOLLula ganhou a eleição e agora precisa reconquistar a classe CSözcüKuyumcular gidiyor taklitçiler geliyorZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioThe Sydney Morning HeraldNetanyahu’s future in balance as opposition fails to deliver knockout blowVarietyAmy Poehler Tells Noah Wyle ‘The Pitt’ Needs More Romance: If You’re ‘Gonna Show the Guts, You Gotta Show Some Butts’경향신문올해 주식 145억원 취득한 세 살배기는 누구?…이재용, 주식 5조 취득해 1위
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 28, 2026

IPCC belum terima laporan aktivis dipaksa bogel di lokap

Translate

Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) belum menerima sebarang aduan daripada aktivis kontroversi, Tamim Dahri Abdul Razak, berhubung dakwaan dipaksa berbogel semasa dalam tahanan polis, awal tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sehingga 25 Sept, IPCC tidak menerima sebarang Tamim mengenai dakwaan layanan kasar dan arahan untuk berbogel di hadapan tahanan lain semasa berada dalam lokap.

“Namun, sekiranya terdapat aduan salah laku melibatkan mana-mana anggota pasukan polis, IPCC akan menguruskan aduan tersebut berdasarkan peruntukan Seksyen 25 Akta 839,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Saifuddin merujuk Seksyen 25 Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022, yang berkaitan dengan pengelasan aduan.

Beliau menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut), yang bertanya sama ada IPCC ada menyiasat dakwaan Tamim.

Pada Februari, Tamim mendakwa bahawa dia dan tiga lain dilayan ‘seperti binatang’ serta diarahkan berbogel di hadapan pegawai polis semasa dalam tahanan.

Kumpulan aktivis tersebut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kerja pembersihan tanah di sebuah kuil, di Taman Rawang Perdana.

Dalam jawapan bertulis Parlimen pada Julai lalu, Saifuddin berkata bukan menjadi amalan polis untuk membogelkan tahanan dalam lokap.

Beliau berkat, semua agensi penguat kuasa yang membuat tangkapan wajib mematuhi Seksyen 20A Kanun Tatacara Jenayah, manakala Jadual Keempat akta tersebut menetapkan prosedur bagi tangkapan, termasuk pemeriksaan badan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.