וואלהרוסיה: "על ארה"ב להתחשב במציאות במסגרת המאמצים להשגת שלום"CNN TürkDEPREM SON DAKİKA 5 EYLÜL! Bugün deprem mi oldu, nerede, kaç şiddetinde? 5 Eylül 2026 AFAD ve Kandilli Rasathanesi son depremler listesiThe Jerusalem PostTrump administration developing post-war Middle East strategy for Iran, Israel - reportInquirerOrange rainfall warning up in parts of Bataan, Zambales, PampangaSözcü3 gün 3 gece süren düğün sonrası 5 milyonluk altınla kaçtı iddiası: Gelin yakalandı, üzerinden çıkanlar şaşırttıUOLMuseu na Alemanha é dedicado inteiramente aos cães salsichinhaNTVSon dakika deprem mi oldu? Az önce deprem nerede oldu? İstanbul, Ankara, İzmir ve il il AFAD son depremler 05 Eylül 2026Daily MailArgentina 'can smell Burnham's weakness': Kemi Badenoch blasts PM after latest threat to 'recover' the FalklandsRai NewsUS Open, Paolini si arrende alla Cirstea 3-6, 3-6. Bolelli-Vavassori al secondo turnoHet Laatste Nieuws“Vorig jaar ook getoond dat we na moeizame match in het weekend top kunnen zijn in de week”: Hans Vanaken richt blik al op clash met Aston VillaBusiness AMPolen en Tsjechië gaan samenwerken voor AI-gigafabrieken in EuropaSoompiSong Kang And Lee Jun Young Get Into A Physical Fight In “Four Hands, Two Sonatas”
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 5, 2026

Laksana kelas dalam talian apabila IPU cecah 100, saran pakar

Translate

Daripada mewajibkan kanak-kanak memakai pelitup muka pembedahan, pihak berkuasa sepatutnya menutup sekolah dan melaksanakan kelas dalam talian apabila bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, kata pakar kesihatan.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata murid perlu menunggu sehingga kualiti udara kembali ke tahap sihat sebelum kembali ke sekolah.

Katanya, kanak-kanak juga tidak sepatutnya dibenarkan menyertai aktiviti luar seperti permainan, maraton dan perbarisan apabila bacaan IPU meningkat, walaupun bacaan masih di bawah 100.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh.

“Kanak-kanak menghadapi beban tambahan kerana paru-paru mereka mungkin belum matang atau mencapai kapasiti penuh seperti orang dewasa, dan mereka berdepan risiko lebih tinggi terhadap kesan jerebu,” katanya kepada FMT.

Keadaan jerebu terus menjejaskan beberapa kawasan di negara ini, didorong kebakaran hutan dan tanah yang teruk di Kalimantan, Indonesia, susulan keadaan kering luar biasa yang dikaitkan dengan El Niño.

Beberapa kawasan di Malaysia merekodkan bacaan IPU tidak sihat, dengan Sarawak paling terjejas dan mengalami kualiti udara berbahaya.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik; 51 hingga 100, sederhana; 101 hingga 200, tidak sihat; 201 hingga 300, sangat tidak sihat; manakala melebihi 300, berbahaya.

Kementerian Pendidikan ketika ini menetapkan sekolah perlu menghentikan aktiviti luar apabila bacaan IPU melebihi 100, tetapi sekolah hanya ditutup apabila bacaan meningkat melebihi 200.

Pakar pediatrik G Naveen Nair berkata memindahkan kanak-kanak ke dalam bangunan merupakan langkah pertama ketika tempoh jerebu teruk, tetapi kualiti udara di dalam bilik darjah juga perlu diberi perhatian.

G Naveen Nair.

Tingkap tidak sepatutnya dibiarkan terbuka tanpa keperluan, namun bilik darjah juga tidak seharusnya ditutup sepenuhnya kerana pengudaraan masih diperlukan, katanya.

Penggunaan penapis udara boleh membantu jika tersedia, katanya, sambil menegaskan bahawa ibu bapa tidak sepatutnya menganggap pemakaian pelitup muka menjadikan aktiviti luar yang berat selamat.

Sharifa berkata kanak-kanak mungkin tidak memakai pelitup muka pembedahan dengan betul dan, dalam apa jua keadaan, pelitup muka berkenaan mungkin tidak memberikan perlindungan yang mencukupi daripada jerebu, sekali gus menjadikannya alternatif yang kurang sesuai berbanding penutupan sekolah.

“Pilihan yang lebih baik berbanding pelitup muka pembedahan ialah topeng respirator N95, tetapi ia tidak selesa dan boleh menyebabkan sesetengah kanak-kanak berasa klaustrofobia.

“Selain itu, ia mungkin tidak terpasang dengan berkesan, namun memberikan ibu bapa rasa selamat yang palsu,” katanya.

Garis panduan Kementerian Kesihatan menyatakan pelitup muka pembedahan biasa tidak menapis zarah halus dalam jerebu, manakala respirator N95 memberikan perlindungan lebih baik apabila dipasang dengan betul tetapi mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.