PunchInfantino hails Flamingos’ historic U-17 World cup triumphCNN TürkYeni Parti'de ön seçim heyecanı! Gözler sandıktaDaily MaverickSOUTH AFRICAN CONNECTION: How an anglophone education in Durban shaped Fernando Pessoa, giant of European literatureThe Jerusalem PostIDF faces severe manpower crisis as recently released reservists called back to duty한겨레11월 9일 한겨레 그림판ColliderTom Hanks’ WWII Thriller Masterpiece Officially Crosses Massive MilestoneZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSRF NewsParmelin-Nachfolge – Mit Aeschi erhält das Kandidatenfeld klare KonturenNHK 社会山林で女性遺体 女性が相談も警察は意向受け警告行わずWirtualna PolskaPotrzebna natychmiastowa pomoc. Ukraina na krawędzi kryzysuHabertürkValencia 90+6'da attı Boca şampiyon olduESPNMessi makes history as 1st back-to-back MLS Golden Boot winner
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 8, 2026

Lee kemuka 6 cadangan atasi banjir kilat di KL

Translate

Enam langkah termasuk audit menyeluruh dan menaik taraf rangkaian sistem perparitan Kuala Lumpur, penguatkuasaan lebih ketat terhadap kegiatan pembinaan serta pelaburan dalam kemudahan takungan banjir dicadangkan bagi menangani banjir kilat yang kerap berulang di ibu negara.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Lee Lam Thye berkata, langkah tersebut penting bagi memperkukuh sistem tebatan banjir di ibu kota dan menangani kelemahan utama dalam infrastruktur salirannya.

Beliau berkata, Pelan Induk Saliran Bandar Kuala Lumpur juga perlu disemak semula dan dilaksanakan secara berkesan selain menaik taraf perparitan yang usang, bersaiz kecil dan tidak mencukupi bagi menampung intensiti hujan yang semakin meningkat serta pembangunan pesat bandar.

Langkah lain termasuk memperkukuh penyelenggaraan berkala longkang, sungai dan laluan air menerusi pembersihan secara sistematik, pembuangan sampah serta pengerukan kelodak bagi memastikan aliran air tidak terhalang.

Lee juga menggesa penguatkuasaan lebih ketat terhadap aktiviti pembinaan dan pembangunan, dengan pemaju serta kontraktor diwajibkan memasang dan menyelenggara perangkap kelodak yang mencukupi, melaksanakan langkah kawalan sedimen serta sistem perparitan yang sempurna.

“Pihak yang mengabaikan keperluan ini mesti dikenakan hukuman berat termasuk perintah henti kerja jika perlu,” katanya dalam kenyataan.

“Selain itu, pelaburan perlu dibuat untuk membina lebih banyak kolam takungan banjir, kemudahan penyimpanan air hujan bawah tanah, tangki simpanan serta stesen pam yang dapat membantu menguruskan air hujan berlebihan dan mengelakkan limpahan secara mendadak yang membebankan sistem saliran,” katanya.

Lee juga mencadangkan penerapan konsep bandar span (sponge city) menerusi pemeliharaan kawasan lapang hijau, meningkatkan penggunaan permukaan telap air dan menerapkan penyelesaian saliran bandar mampan dalam pembangunan baharu.

Beliau berkata, penyelarasan dan akauntabiliti lebih kukuh dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta agensi berkaitan juga diperlukan dengan sasaran pelaksanaan, jadual masa yang jelas serta pelaporan awam secara berkala mengenai kemajuan projek tebatan banjir.

Beliau juga menggesa pihak berkuasa memperkukuh sistem amaran awal dan penyelarasan tindak balas kecemasan bagi melindungi pengguna jalan raya, pejalan kaki dan komuniti di kawasan yang kerap dilanda banjir.

“Pihak berkuasa mesti beralih daripada pendekatan reaktif kepada strategi pencegahan dan jangka panjang,” katanya.

“Matlamat kita untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar raya berdaya tahan banjir dengan tekad jelas mencapai sifar kematian berkaitan banjir yang boleh dicegah serta meminimumkan insiden dan kerosakan akibat bencana itu.”

Lee berkata, tidak wajar untuk ibu negara itu terus mengalami banjir setiap kali hujan lebat sehingga mengganggu kelancaran trafik, merosakkan harta benda, menjejaskan perniagaan dan mendatangkan bahaya kepada nyawa.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.